Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 8, 2015

"Keangkuhan itu ada harganya!"

Terpulang kepada saya nak hadir, tak hadir - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS tidak terikat atau bergantung kepada mana-mana pihak untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 8 Februari ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepadanya sama ada hadir atau sebaliknya pada mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu.

Ini kerana, kata beliau, tidak ada mana-mana pihak yang berhak bagi menentukan kehadirannya.

“Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” ujarnya berseloroh kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di kediamannya Kampung Rusila, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas desakan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad ini.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menafikan dakwaan beliau banyak kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan berbanding dengan pemimpin PR yang lain.

Bahkan, kata beliau pihak terbabit boleh melihat rekod kehadiran ahli-ahli mesyuarat majlis berkenaan bagi menentukan kebenaran dakwaan tersebut.

“Cuma saya rasa bangga, saya lebih banyak hadir mesyuarat dari Lim Guan Eng, kecuali (ketika) saya sakit dulu.

“Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Kalau kata saya banyak tak hadir mesyuarat itu tak betul, kena ‘check’ kehadiranlah siapa paling banyak tidak hadir mesyuarat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 6/2/2015

ULASAN GB

Ada dua perkara GB nak ulas.


Pertama tentang kehadiran mesyuarat PR. GB rasa Presiden PAS tersilap fakta apabila menyatakan:
“Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat
Fakta sebenarnya: Semasa Hj Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu, PR belum wujud. PR hanya wujud selapas PRU13 pada 2013. Jadi tiada apa yang dinamakan Mesyuarat Pakatan Rakyat seperti yang didakwa..

Kedua menegenai kenyataannya:

Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir."
Jawapan di atas jelas ANGKUH. Terasa dirinya telah terlalu hebat dan besar. Mungkin kerana "telah dilantik" sebagai Naib Ketua Dewan Ulamak Sedunia...

Tidak mengapalah... hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan walaupun ke atas ulamak dunia paling tersohor dalam dunia sepanjang zaman sekalipun ... bahawa KEANGKUHAN ITU ADA HARGANYA!

Tunggu dan lihat.


- sumber

14 comments:

  1. Cerita budak bahalol PAS tak akan tamat selagi PAS wujud....

    PAS membahalol bangsa sendiri

    Cuba renungkan

    ReplyDelete
  2. berat nanang tokguru sorang ni...sejak tgna jatuh sakit makin menjadi lagaknya....

    ReplyDelete
  3. Admin Mata buta hati gelap

    ReplyDelete
  4. Encik Admin...

    1. Menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menghadiri mesyuarat kerana melalui mesyuaratlah pelbagai perancangan dapat dibuat lalu diturunkan kepada orang bawahan untuk dilaksanakan bersama.

    2. Sekiranya pemimpin berasakan dirinya terlalu besar, angkuh, hebat, besar kepala mahupun enggan menerima nasihat daripada orang bawahan; adalah menjadi kewajipan kepadanya untuk mengundurkan diri. Sekiranya masih enggan berbuat demikian, adalah menjadi kewajipan kepada orang bawahan untuk mengundurkan beliau dengan cara yang tidak menyalahi hukum dan undang-undang.

    3. Pas tidak harus keluar daripada Pakatan memandangkan ahli Pas mempunyai pandangan yang berbeza dengan pemimpinnya. Mereka di dalam pas yang memiliki sikap angkuh dan besar kepala itulah yang seharusnya keluar daripada menjadi ahli Pas. Jangan salahkan Pas sebaliknya salahkanlah pemimpin yang membawa Pas ke arah ketidaktentuan ini.

    4. Pas bukan hak milik individu mahupun hak seorang dua pemimpin yang besar kepala dan angkuh tidak bertempat. Sikap seorang dua pemimpin seperti inilah yang bakal menjatuhkan pengaruh bukan sahaja Pas malah Pakatan Rakyat keseluruhannya.

    ReplyDelete
  5. anon 1:48....
    Janganlah menyokong pemimpin secara membabi buta sedangkan kita tahu pemimpin tersebut jelas terlihat kelemahannya. Kejayaan mentadbir parti bukan terletak pada kebijaksanaan seorang pemimpin semata-mata, apatah lagi jika pemimpin tersebut jelas dan terang kelemahannya. Seorang yang hebat agamanya belum tentu dapat menjadi seorang yang hebat kepimpinannya.

    Kadang kala, jika kuasa yang dipegang terlalu lama, seorang pemimpin boleh lupa diri dan berasakan beliau lebih hebat daripada orang lain. Kejatuhan kerajaan-kerajaan dahulu kala sering dikaitkan dengan sikap pemimpinnya yang tidak mahu mendengar nasihat apabila ditegur atau menerima nasihat yang salah daripada orang yang salah. Kerajaan Melayu Melaka boleh dijadikan contoh dalam isu ini.

    Penyokong parti yang rasional bukanlah mereka yang menyokong pemimpin secara membabi buta. Penyokong seperti ini bukan membantu tetapi akan mempercepat kemusnahan parti umpama sokong membawa rebah.

    Untuk penyokong yang masih tidak sedar, amatilah keagungan kerajaan dahulu kala di seluruh dunia dan perhatikan bagaimana kerajaan ini jatuh satu persatu sehingga akhirnya lenyap dari muka dunia. Percayalah, jika minda penyokong masih tidak berubah dan enggan berubah, Pas juga akan menyusul seperti juga kerajaan dahulu kala yang keagungannya sejuta kali lebih hebat daripada Pas.

    Wallahu a'alam

    ReplyDelete
  6. Kamu pulak Anonmouse 1.48 gelap mata dan buta hati,lagi berat nanang,mu macam Hj hadi jugak.

    ReplyDelete
  7. Kamu pulak Anonmouse 1.48 gelap mata dan buta hati,lagi berat nanang,mu macam Hj hadi jugak.

    ReplyDelete
  8. Dah kalu macam tu,toksah jadi peminpin oranglah,jadilah peminpin benda lain.ikut suka mu lah hj hadi

    ReplyDelete
  9. Mesyuarat ni tak lebih dari ucapan selamat tinggal kepada PAS dan DAP, tiada apa yang boleh diharapkan dari mesyuarat ni. Kita lihat nanti bagaimana PAS dijatuhkan talak oleh PR dan selepas ni kita akan lihat bagaimana terbelahnya satu persefahaman yang telah dipatri satu ketika dulu. Mesyuarat ini hanya berkepentingan peribadi. Kenapa saya berkata begitu? Sudah lebih enam bulan PR berada dalam krisis kenapa baru hari ini Anwar mengambil keputusan untuk bersemuka dengan PAS dan DAP. Anwar minta RUUH dibentang semasa mesyuarat PR nanti sebaliknya PAS K'tan menolak untuk membentangkannya. Disini sudah ada satu pertelagahan, belum lagi disentuh dengan isu-isu lain. DAP dengan muka masam akan bertegas dengan PAS supaya menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh mereka dan Anwar. PAS pula ada ketegasan mempertahankan apa yang perlu dilakukan oleh mereka sebagai amanah dan tanggungjawab bukan saja untuk rakyat marhaen bahkan ia melibatkan satu amanah yang perlu dipertanggungjawabkan oleh seorang pemimpin Islam. RUUH ditentang dan ditolak oleh DAP tanpa ada rasa bersalah bukan saja kepada PAS tapi seluruh umat Islam. Mampukah Anwar menyelesaikan masalah ini dengan hanya ada beberapa hari saja lagi untuk beliau kepenjara?

    ReplyDelete
  10. Mata bolor hati karat ..

    ReplyDelete
  11. DALAM KITAB SUCI AL-QURAN ADA MENCERITAKAN JANGANLAH KAMU MEMPERCAYAI KAUM KAFIR KERANA HATI MEREKA KOTOR. TOK GURU HADI IKUT PANDUAN BUKAN IKUT HABUAN DUNIA BERSAMA KAFIR.. FIKIR2KAN LAH KALO RASA PEMBACA BLOG NI ISLAM.

    ReplyDelete
  12. Saya perhatikan semua lebih dari separuh blogger PR kini mendesak dan menekan Hj Hadi dan ada yang mendesak Hadi dilucutkan jawatan hanya kerana bercanggah pendapat dengan Lim Guan Eng...
    Beginilah nasib melayu bangang yang jauh dari agama. Musuh disanjung dan didengar kata, tapi saudara bahkan pemimpin Islam sendiri disanggah dan ditentang bila berbeza pendapat dgn pemimpin kafir.
    Macam mana nak mohon pertolongan Allah? macam mana doa nak makhbul, jika benda asas macam ni pun korang tak faham?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang PAS pun dah berjangkit perangai puak UMNO.....jenih ambik pilih2 bahagian yang boleh dibuat alasan untuk menegak benang basah.

      Kelaku pelik TGHH ni bukan bermula bila mula bertelagah pendapat dengan LGE tetapi awal lagi. Yang paling teserlah kelaku TGHH semasa krisis MB Selangor. Dia buat ilmu dia. Dia buang dan langgaq perlembagaan PAS. Dia pakai sikap diktator, pakai kepala dia sorang. Etika dan akhlak jemaah pun dia tolak tepi.

      Yang ni hang sorok. Yang ambik bahagian yang hang agak2 boleh tutup kelemahan TGHH seperti menutup bangkai gajah dengan sehelai rumput. Hang bohongi le diri hang sorang2.....orang yg waras tak ajan tertipu.

      Delete
  13. Macam mana doa nak makbul jika menyokong pemimpin yang tidak menunjukkan akhlak Islam. Pemimpin PAS perlu belajar semula akhlak Rasullah sebagai pemimpin.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa