Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 7, 2015

Ismail Sabri: Nur Jazlan mengasak Najib

“Najib perlu tegas kenyataan Ismail Sabri adalah salah,” kata Nur Jazlan
UPDATED: Feb 7, 2015 06:01pm
NAWAR FIRDAWS

KUALA LUMPUR, 7 Februari:

Gesaan sesetengah pihak yang meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipecat berhubung kenyataannya memboikot peniaga Cina mungkin agak keterlaluan, tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya memaparkan pendirian tegas terhadap kenyataan menterinya.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ‘pengisytiharan mudah tapi tegas’ Najib membiarkan rakyat tahu bahawa Perdana Menteri sendiri tidak menyokong kenyataan menjurus kepada satu kaum, di mana keresahan ini dimulakan daripada kenyataan Facebook Ismail Sabri sehinggakan ramai yang melabelkannya sebagai ‘perkauman’.

“Datuk Seri Najib adalah ketua Kabinet. Apa yang perlu Najib lakukan adalah dengan mengatakan Ismail Sabri adalah salah, kerana Najib mewakili Kabinet Malaysia.

“Sebaliknya, Najib cuba untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan Ismail, dan membela Ismail walaupun jelas kenyataannya bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang Perdana Menteri promosikan selama ini,” kata Nur Jazlan kepada The Rakyat Post.

Katanya, ketika Najib cuba mentafsirkan kenyataan Ismail, ia turut mencalar imej negatif kepimpinan negara yang bersikap acuh tak acuh apabila timbul perkara-perkara sensitif berbaur perkauman.

“Apa yang Ismail kata, tidak kira bagaimana anda melihatnya, telah bermain di satu garisan perkauman dan di samping cuba membetulkan kesilapannya, Datuk Seri Najib perlu membuat pendirian yang tegas terhadapnya,” jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).

Kenyataan Ismail Sabri yang mengajak pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang berikutan penurunan harga petrol menjadi viral di laman sosial Facebook sejak minggu lepas dan mendapat bantahan beberapa pihak.

Namun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Rabu lalu, Kabinet dimaklumkan mengenai kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam media sosial yang sebenarnya bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel telah turun.

Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan peniaga kaum tertentu sahaja, menurut Kabinet.

“Selain itu, beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya minggu lepas berkata Ismail Sabri akan dipanggil bagi menjalankan siasatan berhubung kenyataannya berbaur perkauman, namun ia masih belum berlaku.

3 comments:

  1. Adalah lebih molek jika Ismail Sabri itu sendiri sedar akan keceluparannya, tetapi itu tidak akan menjadi realiti. Kenapa meletakkan kesalahan sendiri untuk dipertahankan pula oleh Najib? Si Najib itu pun satu hal, yg nak pertahankan kesalahan Ismail Sabri tu apa fasal? Tidak cukupkah lagi entiti negatif yg ada pada dirinya itu, gatal pula nak tambah lagi, tidakkah ia merupakan tindakan bangang!!! Opss baru teringat, pemimpin, ahli dan macai UMNO sememangnya bangang.

    ReplyDelete
  2. Nur Jazlan bukan bahalol

    Mak nya Cina anak towkay Federal Hotel , Equatorial Hotel...

    Bukan semua orang sanggup ikut bahalol macam 1 Mat Dah Bahalol

    ReplyDelete
  3. Yg takut ke cina ni apa hal? Aku dah start boikot barang/ kedai cina. Ok aje. Blh hidup gak. Hati lagi senang. Makanan halal. Tak perlu risau haram.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa