Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 19, 2015

Aku rasa hanya penyangak jer yang bimbang dan kepoh!

Kalau dari hasil yang halal dan jelas, kenapa nak kepoh?

'Jelaskan hubungan Zeti Akhtar dengan Rafizi Ramli' - JMM
Hamzah Hamid,Astro Awani |Kemas kini:Mac 19, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 19, 2015 16:52 MYT)

'Jelaskan hubungan Zeti Akhtar dengan Rafizi Ramli' - JMM
Hamdan (tengah) menyampaikan memorandum kepada Gabenor Bank Negara mengenai Rafizi Ramli di bawah Akta BAFIA 1989, kepada wakil pegawai Bank Negara. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini sudah gusar dan hilang kepecayaan kepada bank-bank di negara ini khususnya tentang kerahsiaan akaun mereka kerana ia mudah digunakan pihak-pihak tertentu demi kepentingan peribadi mahupun survival politik mereka.

Kenyataan tersebut terkandung dalam sebuah memorandum kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz mengenai Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang dikatakan melanggar Akta Perbankan dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) oleh pihak Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

“JMM menggesa pihak Gabenor Bank Negara untuk mengambil kira dengan serius kepentingan Akta BAFIA (1989).

“Ini berhubung tindakan Rafizi yang bebas menggunakan maklumat akaun pelanggan bank sebagai alat politik beliau sejak tahun 2012,” kata Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd. Salleh yang ditemui di pekarangan Bank Negara hari ini.

Menurutnya, sesiapapun tidak boleh sewenang-wenangnya mendapat maklumat daripada bank lantas mendedahkannya kepada media dan umum atas kepentingan peribadi apatah lagi demi kepentingan politik.

Tambah Hamdan, pihak Bank Negara terutamanya Gabenor perlu memberi pencerahan kepada masyarakat terutamanya kepada pemegang-pemegang akaun bank di Malaysia tanpa mengira latar kewarganegaraan, yang risau dengan pendedahan yang begitu mudah dibuat.

Pendedahan maklumat itu, menurutnya, dikhuatiri mudah dibocorkan individu-individu tertentu melalui akses lisan, tulisan atau cetakan hanya kerana pihak yang meminta maklumat ada jaringan hubungan yang baik dengan pihak bank.

“JMM ingin mengetahui apakah hubungan Gabenor Bank Negara dengan Rafizi yang masih bebas dan tidak didakwa walaupun telah melanggar Seksyen 87(1)(a) Akta BAFIA 1989?

“Zeti Akhtar harus menjelaskan kepada rakyat Malaysia supaya semua pemegang akaun bank termasuk pelabur yang ada di negara ini akan rasa selamat dengan akta tersebut.

“Beliau juga perlu membersihkan nama beliau, termasuklah dengan memberi pengakuan mengenai pertalian sebenar beliau dengan Rafizi, jika ada,” ujar Hamdan yang menyatakan bahawa pencerahan itu perlu demi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap institusi perbankan.

JMM menggesa Bank Negara mengadakan sidang media untuk menjawab perkara tersebut dalam masa tiga hari.

3 comments:

  1. Sehingga kini apa yg didedahkan oleh Rafizi adalah akaun transaksi yg terlibat dgn penyelewengan. Sekiranya transaksi itu tiada unsur penyelewengan, pemilik akaun tersebutlah yg mempunyai hak untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan tetapi sehingga kini, tiada pemilik akaun yg didedahkan akaun transaksinya berunsur penyelewengan berani tampil untuk mengambil tindakan. Apakah Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan kerabat kepedasan atau panas punggung kerana telah melakukan penyelewengan sebelum ini? Semacam ada nampaknya....

    ReplyDelete
  2. Boss JMM pun takut akaun dia terburai.. Tu pasal dok tanya zeti tu... Jenis melayu takut kat kesalahan sendii. Aku tak takut sbb xda duit yg byk dan xmain duit haram tu...

    ReplyDelete
  3. Baru sikit dah Panas.
    Balasan lebih berat bakal menyusul ,
    Kerna Allah lebih mengetahui,
    Puak yg sokong ketidakadilan pasti terima balasan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa