Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 23, 2015

Baguslah memperingatkan orang lain, kau kan dah merasa?



“Berhati-hati apabila memberikan komen dan sebagainya, jangan kerana mulut, badan binasa. Fikir dahulu sebelum bercakap,” – Aisyah Tajuddin | Terbaru, Aisyah Tajuddin gadis yang melakonkan watak mengkritik hudud tampil memberi kenyataan selepas menerima kecaman hebat.

“Berhati-hati apabila memberikan komen dan sebagainya, jangan kerana mulut, badan binasa. Fikir dahulu sebelum bercakap,” kata-kata yang ditulis oleh hos stesen radio BFM Aisyah Tajuddin yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Beliau berkata demikian sebagai memberi peringatan kepada pengguna Facebook yang banyak mengeluarkan kata-kata negatif dan ugutan terhadapnya bersama lampiran artikel berbahasa inggeris bertajuk ‘BFM journalist gets death, rape threats over video questioning Hudud.’.

Aisyah Tajuddin sebelum ini telah berhadapan dengan kemarahan umat Islam Malaysia sehingga mendapat ugutan buunh dan rogol kerana telah terang-terang mengkritik perlaksanaan hukum hudud di Negeri Kelantan.

Selain Aisyah Tajuddin, bapanya, Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut terkena tempias kemarahan orang ramai berkenaan video yang diterbitkan itu.

Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi juga sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan mempertikaikan tahap keselamatan di Malaysia kerana ugutan terhadap anaknya itu.

“Insiden terbaru tentang anak saya diugut bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?,” soalnya.

Khamis lalu, sebuah klip video selama 1 minit 55 saat yang menyindir PAS dan sistem perundangan hudud, mendapat kecaman hebat di laman sosial kerana disifatkan sebagai pembawa pemikiran liberal. - sumber

1 comment:

  1. Beginikah akhlak seorang anak profesor? Ia menunjukkan gambaran bagaimana berjayanya seorang profesor mendidik anak kandungnya. Syabas prof!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa