Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 20, 2015

Eh.....dah menopause dan dah tak laku pun nak megugut juga?

Hudud: MCA, GERAKAN pula ugut keluar BN?
 | March 20, 2015
UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan.
ismail sabriPETALING JAYA: Selepas DAP membantah kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud, kini giliran MCA dan GERAKAN pula membuat ugutan untuk keluar daripada parti komponan Barisan Nasional (BN) jika UMNO terus menyokong pelaksanaan Hudud.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau kesal dengan tindakan kedua-dua parti komponan BN itu kerana tidak menghormati langsung keputusan UMNO yang menjadi tonggak umat Islam negara ini.
Katanya, MCA dan GERAKAN tidak wajar membantah keputusan UMNO untuk menyokong PAS Kelantan melaksanakan Hudud kerana ia tidak melibatkan bukan Islam.
“UMNO dah sokong Hudud, ini adalah isu umat Islam. Mereka tidak terkesan atau terjejas dengan hukuman yang diperkenalkan. Apa kesan pada mereka?” Soal Ismail dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, beliau menggesa parti komponen BN yang bukan beragama Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.
“Saya harap perkara ini dapat dihentikan kerana kalau diteruskan, semakin lama masyarakat dalam negara ini makin tidak hormat agama lain dan ini tidak baik untuk masa depan negara.
“Dalam Perlembagaan kita uruskan sendiri urusan agama kita. Mereka tak hormati perasaan orang Islam dalam negara kita,” jelasnya.
Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada sebab untuk DAP, MCA, GERAKAN, MIC untuk mencampuri urusan Hudud kerana mereka tidak mempunyai kerusi di DUN di Kelantan.
“Rakyat Kelantan berhak apa lagi umat Islam di Kelantan, dari rakyat hingga ke Istana menyokong. Apakah Kami orang Kelantan tiada hak dalam perlembagaan?, soal beliau menerusi posting terbaru Facebooknya.
Jelas beliau, Islam tidak pernah menghalang kebebasan agama lain untuk melaksanakan urusan agama mereka malah menghormati semua agama.
“Eloklah mereka menjaga urusan parti mereka masing-masing, tolong hormati DUN Kelantan dan pilihan rakyat Kelantan,” tambahnya.
Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia pula, PAS menyampaikan kebimbangan terhadap kemurkaan Allah lebih daripada bimbang tidak akan mendapat sokongan sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din turut menyatakan keputusan PAS untuk melaksanakan hukum hudud juga tidak akan berubah malah telah menetapkan bahawa hukum hudud lebih penting untuk dilaksanakan daripada prinsip Pakatan Rakyat (PR).
“Agenda hukum hudud sudah sebati dengan PAS dan akan tetap meneruskannya walaupun mendapat tentangan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bukan itu sahaja, seluruh pemimnpin PAS menyedari akan berlaku pertembungan di antara PAS dengan rakan-rakan kongsinya yang mungkin beralah kemudiannya menyokong atau keras menentang.
Jelas Haron lagi, PAS juga tidak pernah bersikap membelakangkan rakan sekutunya iaitu DAP dan PKR kerana memperjuangkan hukum hudud.
“Kalau perbuatan (membentangkan enakmen) itu dikatakan tikam belakang, kenapa tidak kata tikam hadapan sahaja, kita sudah beritahu dan terangkan berulang-ulang kali sampai masyarakat pun muak, PAS bukan sahaja beritahu DAP tetapi telah beritahu seluruh Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

1 comment:

  1. ISLAM itu

    ISLAM itu PASRAH rela suka gumbira CINTA kpd skudus2 nilai yg bnar2 LURUS lg KUDUS yg tidak dinodai..

    SYSTEM hidup yg murni terikat dgn JANJI

    Nabi SAW sentiasa teguh kpd JANJI

    Krn AMANAH keatas JANJI afdal diutama

    Bgmn org lain akan RESPEK kpd Islam sbg "uswatun-HASANAH" jk nabi SAW sndiri yg awal2 mlanggar JANJI

    Nabi teguh pegang JANJI dgn musuh

    Nabi teguh pegang JANJI dgn Musrikin

    Nabi teguh pegang JANJI dgn Yahudi

    HANYA..

    Musrikin & Yahudi shj yg akan AWAL2 skali melanggar & menodai JANJI

    KINI..

    Giliran ularrrMAK2 haraki pula yg dah mngambil tempat musrikin KAFIR harbi & Yahudi yg trang2 AWAL2 skali tlh melanggar serta menodai JANJI

    Sggup mlanggar menodai JANJI krn mndpt sokongan SUCI drp perompak songlap PENYANGAK setan2 yg dkenali w.pon setan2 yg dkenali itu TIDAK pernah samaskali mnunaikan JANJI2 royalti minyak yg tlh dperstujui!

    Inilah akibatnya apb sibapak FITNAH dianggap ulamak yg berilmu tggi mk sgt2 mudahlah UMPAN2 bangkai harta ESOS balak projek dll ditabur agar terus berdusta memFITNAH demi FITNAH hatta kpd isu HUDUD skalipon supaya rkyat tertipu SAMAR serta terus mnjd bnar2 KELIRU

    Adakah Islam yg dibawa nabi SAW itu trsgt2 jijik & HUDOH yg AWAL2 lg telah pon khianat serta mlanggar JANJI dgn PR/pakatan sprt yg dibawa oleh sibapak FITNAH itu??

    MARCH 20, 2015 AT 4:47 PM

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa