Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 25, 2015

Haiyya......apa jadi dengan RTM?

PAC: Bilik berita RTM RM90j tak ada peralatan
mk - 7:00PM - 25 Mar 2015

Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) mendapati projek bilik berita bersepadu RTM yang bernilai RM90 juta menghadapi masalah kerana ia tidak mempunyai peralatan yang diperlukan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata projek bilik berita itu tidak memuaskan kerana ia tidak mematuhi garis panduan projek dan tidak memenuhi objektif yang telah ditetapkan. 

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat PAC di Parlimen hari ini, beliau berkata bangunan tersebut tidak digunakan bagi maksud ia dibina dan sebaliknya kini hanya digunakan sebagai ruang pejabat.

Nur Jazlan (kanan) yang juga ahli Parlimen Pulai menjelaskan bahawa bangunan tujuh tingkat seluas 350,000 kaki persegi itu di Angkasapuri (ibupejabat RTM di di Kuala Lumpur), kini telah bertukar menjadi sebuah pejabat biasa kerana ia masih belum dilengkapi dengan kemudahan penyiaran.

Katanya, beliau merasa pelik mereka memohon dana tambahan sebanyak RM125 juta dari kerajaan untuk membeli pembelian peralatan hanya selepas bangunan itu siap.

Projek itu telah siap dan diserahkan oleh kontraktor kepada RTM pada 2012.

PAC juga menyentuh tentang pelantikan kontraktor dan juga dengan kualiti bangunan tersebut yang menurutnya tidak memuaskan.

Projek bilik berita bersepadu RTM itu menjadi subjek siasatan PAC ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2013 mengenai pelaksanaan projek itu.

3 comments:

  1. INI WAYANG DAH TAK LAKU.PRNYANGAK CERTA HAL PENYAMUN

    ReplyDelete
  2. Tak habis2 menipu. Penipuan dan rasuah dah menjadi lumrah. Tiada Suatu projek yg di kendalikan kerajaan yg tidak terbabit dgn penipuan dan rasuah.

    ReplyDelete
  3. Melayu Melayu pulak yang menipu

    Islam pulak tu

    Bahalol betul

    Tak takut seksa kubor ke ?

    Cina Cina ber bilion di China pun tak se lahanat mereka mereka ini

    Ketua pun Melayu , lahanat nya pun Melayu jugak

    Bahalol saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa