Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 29, 2015

Ni jer taraf pemikiran Ketua Penerangan DUP?

Kat sini bukan aku nak bela sangat DAP tu
Tapi apa pun kita kena jujur dengan diri kita sendiri dan perpijak pada kenyataan

Yang dia nampak rugi orang
Rugi pihak sendiri bagaimana?

Mana yang lebih rugi agaknya
DAP hilang undi penyokong PAS dari PAS hilang undi bukan Melayu?
Harus juga diingat Melayu yang undi calon PAS dalam PRU13 itu bukannya semua penyokong PAS
Bagaimana pula undi protes dari Melayu terhadap PAS?

Yang dok bising Hudud itu.....adakah Hudud yang dipertahankan tu benar-benar undang-undang Qur'an? Baca kat di sini

Segi khianat
Siapa terlebih dulu yang khianat (rujuk pada krisis MB Selangor dan UG)?

DAP bakal hilang undi PAS pada PRU-14
KUALA LUMPUR: DAP bakal hilang undi penyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) susulan tindakan keras parti itu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, tindakan DAP itu boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi untuk DAP.
“Perlu diingat PAS melakarkan segala gerak kerja dan strategi politiknya dengan merujuk kepada prinsip Islam. Kerjasama politik dengan DAP dibenarkan berasaskan prinsip dan syarat yang digariskan oleh Islam antaranya iaitu kerjasama membuka laluan memperkuatkan Islam. Begitulah juga PAS membincangkan perihal hukum mengundi calon pilihan raya bukan Islam dari parti sekular sosialis seperti DAP dengan merujuk kepada prinsip-prinsip Islam.
“Saya sangat bimbang dengan tindakan berterusan DAP menyerang, memfitnah dan menghina Presiden PAS dan terlalu keras menentang usaha mendaulatkan Undang-undang Jenayah Islam (UUJI) boleh menyebabkan hilangnya segala alasan syarie beragama untuk ahli-ahli PAS bekerjasama dan mengundi DAP dalam pilihan raya,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Beliau secara keras mengutuk tindakan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Hadi apabila timbul ketegangan di antara dua parti itu berhubung isu hudud.
Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus itu turut mempertikaikan tindakan DAP melalui pengumuman Ketua Parlimennya, Lim Kit Siang yang ingin menjalankan kerjasama politik bersama Barisan Nasional atas tema ‘save Malaysia’.
“Namun peliknya, tindakan bersendiri PKR dalam Kajang Move tidak pula dikatakan membelakangi PR. Memecat Tan Sri Khalid untuk membuangnya daripada jawatan MB tanpa persetujuan bersama PAS tidak pula dikira khianat. Lim Kit Siang pula mencadangkan pakatan dengan BN atas tema ‘save malaysia’? Tidakkah itu pengkhianatan terhadap Dasar Bersama PR?
“Perlu diingat bahawa PAS melakarkan segala gerak kerja dan strategi politiknya dengan merujuk kepada prinsip Islam. Kerjasama politik dengan DAP dibenarkan berasaskan prinsip dan syarat yang digariskan oleh Islam antaranya iaitu kerjasama membuka laluan memperkuatkan Islam. Begitulah juga PAS membincangkan perihal hukum mengundi calon pilihanraya bukan Islam dari parti sekular sosialis seperti DAP dengan merujuk kepada prinsip-prinsip Islam,” tambah beliau.
Krisis antara DAP dan PAS kian memuncak lebih-lebih lagi setelah Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II (1993) pindaan 2015 diluluskan pindaannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 dan 19 Mac yang lalu.
Susulan daripada itu, DAP mengambil pendekatan untuk memutuskann hubungan dengan Hadi setelah Ahli Parlimen Marang itu menghantar Rang Undang-undang Persendirian ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat.
DAP menilai tindakan tersebut sebagai tindakan mengkhianati Pakatan Rakyat.TRP

24 comments:

  1. ugama d guna utk raih populariti politik....dah tak berbeza dgn umno yg amalkan sistem bodek.
    Pas dan Umno teda beza....sama2 cari untung utk prot.

    ReplyDelete
  2. Parok pas lo ni... Taraf pak ustaz ni teruk sgt doh... Xkemana balik doh pas.. Mundur kebelakang... Kalau pas anggap amno kawan.. Sorry le ... Salah temapat.. Sat lg pak ustaz ni akan kenal.. Ni le geng yg xdgr kata nik aziz tp dok dgr hj hadi tu.., taraf ni le yg xboleh perentah terangganu... Nak perentah malaysia sorry le... Tu pun ore ganu bg sepenggal aja.. Sbb dah tau tahap otaknya tahap mana?..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Ustaz tak cerdik berpolitik baik toksah masuk politik.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Kita kena k3nal siapa mamat ni dulu. Mamat ni adalah salah sorang dari trio yang menjadi tulang belakang sabotaj UG sepanjang 7 tahun ini. Mereka silih berganti doh sabotaj PR sejak dari dulu. Bila PR dalam keadaan selesa, salah sorang akan buat statement yang mengeruhkan suasana PR. Ingat tak masa kecoh pasal obtoberfest 2014 tempoharo. Dia menjadi ketua puak UG berpakat d3ngan perkasa hantar memorandum kepada MBPJ. Tetapi bila kerajaan UMNO Melaka buat octoberfest juga, mamat ni dan Nik Abduh dok diam.

    Dia ni pakai macam2 topi. Sekali sebagai Ketua Penerangan DUPP. Lain kali pulak dia pakai jawatan Ketua Penerangan MSU. Adakala pakai jawatan Setiausaha DUPP. Paling sengkek dia pakai jawatan penganalisis politik. Semua kerja dia nak sabotaj PR.

    ReplyDelete
  5. PRU 2008 BN-11 , DAP-19, PKR-9 dan PAS-1.

    PRU 2013 BN-10, DAP-19, PKR-10 dan PAS-1

    Kesimpulan = Walaupun DAP menang dengan kerusi tertinggi peruntukkan Hal ehwal agama dinaikkan dari 2Juta zaman umno ke 60juta zaman DAP.

    Hutang kerajaan Negeri dari 680Juta peninggalan UMNO sudah langsai.

    Apa lagi geng UG nak lagi? Kahwin laa cepat secara rasmi jangan dok main ala kahwin kat Golok.

    ReplyDelete
  6. PAS..PAS...PAS.! Hudud rekaan PAS HADI.

    Arwah TGNA dari awal inginkan undang2 HUDUD dilaksanakan tapi beliau tau kalau di buat di negerinya saja dan negeri lain tidak buat pun tak berguna juga dan beliau tahu kerajaan pusat tidak akan menyokong rancangan beliau.

    Tapi bila zaman HADI saja, tiba2 suara UMNO jadi lain sedangkan sebelum ini kuat menentang bila Arwah TGNA merancang HUDUD. Pelik tapi benar......!

    ReplyDelete
  7. Pas dah kena game dgn umno...ketua pnerangan DUP dtg bulan kot...bila ingat Dap nk hilang undi.

    ReplyDelete
  8. Saya sokong TGHH terus memimpin PAS. Kerana tuduhan UG ke atas beliau selama ini hanya fitnah semata2 tanpa langsung dpt dibuktikan. Tapi semua kita tahu bahawa Konsesus Nasional dan Gagasan Selamatkan Malaysia adalah real dan terkini.. belum masuk offer TPM.. Dah jelas dah mereka lagi jahannam mengapa perlu diakur..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa tak sesuai panggil mrk ni UG. bunyi mcm glamour pulak. aku terbaca dlm satu artikel sebutan 'pro umno/mesra umno'. mrk ni pro umno/mesra umno

      Delete
  9. DAP akan kehilangan undi melayu yang tau ugama juga

    ReplyDelete
  10. kenapa plak umno sokong ko terasa pelik ridd,ko sepatutnya yng pelik. knpa ko tak suka orang sokong hudud tak kira siapa orangnya

    ReplyDelete
  11. Mamat ni baik continue jual direct selling jer
    Ini la bukti tahap pemikiran puok2 pas ganu
    Semua tok leh paka
    Ingat lagi ke kita bagaimana gemuloh abu bakar chik jerkoh nik aziz dalam meeting ajk pas pusat pasal nak bela hadi awe jer
    Mampus la pas ganu
    Semua penjilat ug dan penjilat hadi awe

    ReplyDelete
  12. DUN gua tetap undi DAP, Parlimen mesti PKR punya....

    ReplyDelete
  13. Salam;

    Kpd Yong Intan..

    Demer bukan tak pandai dlm POLITIK tp demer dah mudah2 boleh dpt ESOS ratus2 ribu, itu baru yg nampak yg dah trlepas & dah teBUKAK? yg blum NAMPAK sbb masih gelap brp bnyk?

    Demer duk diam dlm gelap dah KENYANG makan umpan

    Ada yg mudah2 tah kot maner ntah senang2 dpt projek/komisyen/proxy boleh slalu gi obersi, siap boleh join najib sama2 duduk ngan najib dgn pak sheikh dr Arab saudi

    Klu dah KENYANG umpan, tentulah wajib ikut SKRIP arahan..


    ..gelap songlap rasuah FITNAH adalah hakikat kembar asli SEJATI yg jls trjd dan smakin jls mnjd2!

    ReplyDelete
  14. Admin x boleh berbeda pendapat ke?.. asyik siar komen sebelah pihak. Langsung wa x respek lu..

    ReplyDelete
  15. Datuk dalam PAS pun Otak Gred 3

    Bahalol

    Melayu rata rata tak undi PAS melain kan Melayu PAS

    Cina dan India undi PAS sebab Pakatan Rakyat , sebab Anwar Ibrahim

    Kalau letak Otak Hadi tuk dapat sokongan Cina dan India , itu orang Bahalol cakap lah.

    PAS ini otak bodoh , gaya pun bodoh

    ReplyDelete
  16. Saya mohon maaf dan disertakan ucapan terima kasih admin..

    ReplyDelete
  17. Admin,
    Tak payah ko nak sebuk dengan urusan PAS, jaga dulu blog ko ni betul-betul jangan jadi medan maki hamun dan sumpah seranah....makin banyak maki hamun makin ketawa ko yer admin? Buat apa ko melalak kat sini takde faedah pun...lbh baik ko publshkan perkara2 yang berfaedah...tazkirah ke, ceramah agama ke baru takde maki hamun...admin, admin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak2, sikit punya sombong tak bagi kita sibuk urusan depa... tapi undi kita depa nak... duit nak tampung pilihanraya depa tak tolak.

      Kalau tak mau org menyibuk, pru depan jgnlah minta undi dari rakyat... derma dana pilihanrayalah minta. Ada berani ke?

      Delete
  18. aiseh takiri harakiri abduh tontowi...balik2 kajang move...balik2 tak terconsult pasai TSKI...
    Yg UG kelantan buang husam ..peh tu cepat2 pi angkat sumpah seranah MB TMB Exco Kelantan tu ada ke PKR DAP kecoh ke tak consult depa???
    adduss....tang org lain rok ungkit bertahun2....dah depa MB...biaq pi le

    ReplyDelete
  19. Hang bagi undi kat PAS? Kahkahkah....lawak betui hang ni....hang duk kutuk PAS nak citer pasal bagi undi kat PAS..kahkahkah...undi hang bagi aje kat DAP tu....tak perlu campur urusan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. undi pas sebelum ni (pru 13). lepas ni jgn harap. derma tin milo pun kering la. itu pun hang tak paham

      Delete
  20. Adakah Islam mengajar ustaz ini supaya berdendam? Ironinya dgn UMNO tidak pula teringin untuk berdendam, apakah haprak sangat pemikiran semacam itu?
    Cubalah PAS boikot drp membantu dan mengundi DAP di Bukit Bintang, Ipoh, dll lagi kubu DAP , sama-sama kita tengok nanti adakah DAP akan tergolek di situ. Parlimen Bukit Gantang yg dimenangi oleh PAS itupun belum tentu dapat dipertahankan, cubalah jika nak tunjukkan sangat sikap pendendam dan riak kamu itu!!! Baru dapat kerusi bertambah sikit, dah berani besar kepala, dasar tak sedar diri.

    ps: Aku ni melayu dan ahli PAS.

    ReplyDelete
  21. Hang nak bagi undi kat DAP hang bagi je la buat apa hang dendam dgn PAS....hang pi duduk kat bkt bintang lg selesa.

    Hang tak fikir ke DAP tu perbodoh kan melayu?... Untung dan rugi je matlamat mereka. Hang tak pikiaq ka?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa