Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 26, 2015

Rupanya PAS dikelentong hidup-hidup!

Menteri-PAS bertikam lidah, Mahfuz kena keluar
mk - 7:56PM - 26 Mar 2015

Beberapa anggota parlimen PAS membantah - akibatnya seorang diperintah keluar Dewan Rakyat - selepas seorang menteri mendedahkan bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.

Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.

Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.

21 comments:

  1. Hukum Allah SWT yang dikelentong sebenarnya bukannya PAS....PAS hanya posmen saja.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. pesan almarhum tgna.....jgn jatuh dlm lubang yg sama, jgn dipatuk 2 kali.....

    ReplyDelete
  4. tak salah berusaha dan mencuba dpd berpeluk tubuh dan tak buat apa2 sambil hanya tahu kritik itu ini semuanya tak kena !

    ReplyDelete
  5. Yang Bangang Dan Bodoh je yg percaya pada Penyamun Dan Lanun.Padan Muka TGHH dan orang2 yang seangkatan dgnnye.Man's NIK Bodoh Dr Zuhdi Dan mereka2 yang ada otak tapi letak kat Kepala Lutut.hehehe.Tukar he semua pemimpin yg UG tu.PADAN MUKA Korang.Jena kencing Dan kena Tahi Umbgok

    ReplyDelete
  6. Mereka bukan mempermain PAS tapi mereka mempersenda hukum ALLAH

    ReplyDelete
  7. siapa sebenar yg tikam belakang. umno @dap?

    ReplyDelete
  8. Hadi Awang memang presiden yg betul2 hebat & layak dianggap sbg tokoh:

    tokoh mmbuat FITNAH
    tokoh u-turn & PONTENG
    tokoh mmaki & HALAU ahli
    tokoh khianat langgar JANJI

    tokoh yg bawa hudud keParlimen sorang2 tak BERBINCANG langsung seolah2 nampak bnar2BODOH serta diBODOHkan umno seBODOH2nya

    Inilah tokoh sanjungan TITM dan juak2 nya yg seolah2 suci tidak BIADAP & tidak BODOH pd pandangan mrk

    Aku pon heran mcm mana Mat Sabu Husam Salehuddin Mahfoz Suhaizan Dr Mariah dll boleh diam & lena duduk seolah2 sama2 mnyokong diblakang TOKOH yg "suci" yg tak BODOH & tak BIADAP mcm tu

    Baru aku tahu, rope nya Islam depa tu canggitu..tokoh depa rope tu tak BODOH & tak BIADAP lg yea!?

    Abih yg BODOH & BIADAP tu camne la agaknya?

    ReplyDelete
  9. Bukan nak berUG kongsi kuasa sebaliknya berkongsi amanah sebagai umat Islam. Itu je.

    ReplyDelete
  10. nampak macam kena kelentong tapi sapa yang sebenarnya bawak bau kehong
    dah nampak lama dah sapa lagi yang keras tentang hukum ni kalau bukan puak tu
    sapa yang mula buka ruang sampai Islam dipersoal bukan dari puak tu jugak ke .sapa bapak pelekeh

    ReplyDelete
  11. Puak UG ni mana nak dengar nasihat TGNA,dan takda sorang pun daripada ulamk UG amik contoh sikit pun dari TGMNA malahan anak TGNA sendiri pun lemah longlai.Biarkan mereka kena patuk berkali2.

    ReplyDelete
  12. Islam itu indah bagi mereka yang beriman kepada Allah SWT. Islam itu menyusahkan bagi mereka yang kafir dan kekurangan iman.

    Tiada siapa yang dikelentong disini yang ada hanyalah kejahilan manusia terhadap nilai keimanan masing-masing.

    ReplyDelete
  13. Kalau nak dibandingkan UMNO dengan DAP, yang bezanya hanya depan dan belakang, tikam tetap tikam.

    Kafir DAP tikam PAS ada sebab. Nak tahu sebabnya kena tanya mereka. UMNO tiikam belakang bukan UMNO tikam PAS tapi mereka tikam iman mereka sendiri. PAS rugi ke?

    ReplyDelete
  14. Bertahun2 hjhadi ceramah hamno munapik.....xberiman, penipu.....alih alih nak bersama dgn hamno atas nama islam..........siapa yg tak beriman ni? Balik2 ayat tu yg digunakan bila dikritik...." Tak beriman 1M kali". Tahukah anda bahawa iman untuk org berakal, kalau bodoh macam nazri aziz kata, malah masuk lubang yg sama sampai 2 kali.....beriman atuk nko!!!! Status ulamak perlu di kaji semula, bukan tahalul siyasi yg kena dkaji semula.......harun DIN AYAQ SEJUK. PTUI KIRI PTUI KANAN.

    ReplyDelete
  15. PAS pergi berdating bersama UMNO walaupun jenuh dinasihatkan oleh teman-temannya, kerana mereka tahu bahawa UMNO adalah musuh yg amat nyata tetapi PAS tetap dgn kedegilannya. Malah PAS melabelkan pula rakan-rakannya itu sebagai biadab dan tidak beriman pula. Setelah PAS ditolak ke dalam lopak bernajis oleh UMNO, apakah mungkin teman-teman PAS tadi itu akan hadir menyelamat dan membersihkan PAS drp bau hapak hancing najis tersebut? Barulah padan dgn muka!!! Oh ya, mereka hanya mahu keredhaan Ilahi shj, yg lain tidak perlu.

    ReplyDelete
  16. Perbetulkan dulu rukun yang ketiga, beriman dengan rukun yang ketiga, kalau tak tahu pergi mengaji dengan Tuan Guru..takkan nak menganji dengan LGE pulak? Biar kan mereka berusaha. Buat apa nak kecoh-kecoh.

    ReplyDelete
  17. Anon 1:02 AM

    Adakah anda sendiri sudah betul? Anda kenalkah diri anda? Anda kenalkah Tuhan yang anda sembah?

    Anda lupakah apa kata TGNA tentang tipu muslihat musuh yang sama bulu dan warna dengan kita?

    ReplyDelete
  18. Tak tahu nak cakap apa dah

    Apa agak nya yang ada dalam Otak Otak pemimpin PAS?

    Apa kah Bahalol sangat nak dengar nasihat Arwah Nik Aziz ?

    UMNO tu lahanat , tak mungkin boleh kaya bergaya hidup dengan Hudud kerana UMNO tu sendiri rasuah dan menipu.

    Ulamak PAS ter bukti Ulamak Bodoh Otak Zaman Batu

    Macam mana nak kembang agama Islam jika Otak Common Sense pun tak ada ?????

    Melayu Melayu semua tu pulak.....

    ReplyDelete
  19. Admin,
    Apa yang diusahakan adalah satu kebaikan kepada seluruh umat Islam, kita sebagai umat Islam wajib ada sokongan kearah kebaikan. Apakah yang mereka sedang usahakan ini adalah satu kesalahan atau kerugian bagi umat Islam?

    Namapaknya saudara hanya pakai kata-kata TGNA tanpa penghayatan yang sebenar. Dengar dan perhalusi kata-kata TGNA. Banyak ceramah dan kuliah TGNA berkenaan keindahan Islam.

    Kita akan mengenali Tuhan apabila kita selalu menziarahi rumah Allah dan berjemaah menyembah Tuhan Yang Esa,
    Saudara boleh pergi kemana-mana masjid atau surau yang berdekatan, beriktikaf, berzikir dan menyerah diri kepada Allah SWT.

    Soalan saya:
    - Apakah bezanya DAP dan UMNO dari segi keikhlasan terhadap EKJS II?
    - Apakah pendirian saudara terhadap EkJS II?
    - Apakah perasaan dan tujuan saudara apabila mempamerkan ahli keluarga saudara yang tidak menutup aurat di blog ini?

    ReplyDelete
  20. Kalo tak kena tipu bukan PAs.

    ReplyDelete
  21. Dah cakap Byk Kali, tukar kerajaan agenda Utama,baru selesa nak laksanakan hukum Allah dgn bijaksana, Selagi penzalim kuasa
    Kita pasti bertelagah,
    Berdendang lah mereka dgn irama hukum mereka,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa