Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 27, 2015

Apakah maknanya ini bagi Anwar?

Kedudukan ini kita kena faham
Harap janganlah ada komen yang bukan-bukan tentang Lembaga ini dan YDP Agong

Lembaga Pengampunan lupus petisyen keluarga Anwar
mk - 10:37AM - 27 Mar 2015

Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April.

2 comments:

  1. Yg perlu dipersalahkan adalah UMNO dan sindiket-sindiketnya, termasuklah pendakwa, hakim dll yg mempergunakan Saiful untuk mencapai hajat fitnah itu. Dan kini, lembaga pengampunan pula menjalankan peranan jahatnya, maklumlah mereka itu adalah pengikut syaitan mana mungkin boleh diharapkan akan bertindak dengan telus.

    ReplyDelete
  2. lebih yakin dgn undang2 lord reid.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa