Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 28, 2015

Haruskah dikacau majlis yang tidak ada kaitan dengan politik?

Walau kita nampak mamat ni hanya nak tunjuk hero dan bodek Najib dan Rosmah namun hakikatnya Majlis tersebut tiada kaitan dengan politik
Mahukah puak-puak ni dipandang serong oleh masyarakat dan dicemuh sebagai kaki kacau?

#KitaLawan, tolong jangan kacau kenduri anak Najib - Azrinizam
Wan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Mac 28, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 28, 2015 09:58 MYT)

#KitaLawan, tolong jangan kacau kenduri anak Najib - Azrinizam
AZRINIZAM: #KitaLawan, tolong jangan kacau kenduri anak Najib. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mana-mana aktivis atau penyokong #KitaLawan dinasihat tidak mengganggu majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Presiden Aktivis Belia Tanahair (ABATA), Azrinizam Ibrahim berkata, amaran itu diharap dapat dipanjangkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kepada penyokong mereka yang mahu menyertai perhimpunan berkenaan.

"Ahli jawatankuasa #KitaLawan, Fariz Musa mengaku mahu 'meraikan' majlis berkenaan dan pada masa sama Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata tidak akan mengganggu resepsi berkenaan.

"Mana satu yang mereka mahu buat ini, apa-apa pun perhimpunan ini akan menganggu orang ramai pada hari Sabtu.

"Seorang kata lain, seorang lagi kata lain, ini jelas membuktikan rumah tangga PR sudah berkecamuk dan tidak ada individu yang boleh memimpin mereka dengan tersusun lagi," katanya kepada Astro AWANI di sini semalam.

Sebelum ini, Azrinizam dilapor menyifatkan tindakan pembangkang yang mahu mengadakan perhimpunan #Kita Lawan di majlis perkahwinan anak Najib adalah satu amalan politik rimba luar 'tabie'.

Jelas Azrinizam, mengganggu majlis orang lain bukanlah budaya masyarakat majmuk negara ini dan sekiranya benar terjadi maka akan tercatatlah sejarah hitam dalam lipatan politik tanahair.

Sementara itu, sebuah portal melaporkan kenyataan Fariz yang menyifatkan kehadiran #KitaLawan pada majlis perkahwinan itu bukan untuk mengganggu tetapi mahu meraikannya bersama.

Tegasnya, khabar angin #KitaLawan mahu mengganggu majlis itu adalah persepsi yang tak betul selain menyifatkannya satu kenduri untuk rakyat.

Pada masa sama Fahmi menafikan laporan yang mendakwa ia mengarahkan ahlinya mengganggu majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Najib di KLCC.

Jelasnya, laporan tersebut tidak benar kerana KLCC bukan merupakan satu daripada lokasi yang dipilih untuk perhimpunan #KitaLawan.

Tegas Azrinizam, pendemo #KitaLawan juga diharap dapat menghormati dan tidak mengganggu majlis itu dengan sebarang bentuk perhimpunan.

"Bila rakyat berhimpun di hadapan rumah Ambiga dahulu, mereka tahu pula ayat tidak ganggu privasi dan sekarang mereka pula mahu mengganggu.

"Budaya apa yang cuba mereka kenal dan ajarkan kepada golongan muda ini, adakah mereka mahu golongan muda yang bakal menjadi pemimpin negara mengamalkan sikap kurang ajar sebegini," jelasnya.

Ada laporan mengatakan aktivis #KitaLawan merancang berarak ke resepsi perkahwinan anak Najib Razak, Nooryana Najwa dan suaminya, Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa