Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 27, 2015

Ape ker benda ni?......... Ada apa-apa kesan?

Gaya dan lagak samseng tidak akan menyelesaikan masalah!
Tidakkah akhirnya memakan diri?

Adakah IGP berganjak dari kerusinya?

ADUN Perak ditahan polis, pukul pegawai DBKL
 | March 27, 2015
Penguatkuasaan DBKL dihalang dan dipukul oleh peserta perhimpunan ketika mereka sedang menyita dan menurunkan kain rentang di Jalan Tun Perak.
gari_polis_600KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak telah ditahan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) semalam selepas didapati bersalah menumbuk seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata dua ADUN tersebut adalah dari Teja-PKR, Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai, Tan Ka Heng.
Mereka ditahan di Lokap Balai Polis Jinjang bersama empat lagi peserta perhimpunan ‘Pecat IGP’.
“Kejadian berlaku apabila anggota Penguatkuasaan DBKL dihalang dan dipukul oleh peserta perhimpunan ketika mereka sedang menyita dan menurunkan kain rentang di Jalan Tun Perak pada jam 12.15 malam. Ia menyebabkan seorang pegawai DBKL cedera di bahagian muka, tangan dan hidung.
“Insiden pergaduhan itu juga telah menyebabkan uniform Pegawai DBKL koyak,” katanya dalam satu sidang media di Balai Polis Dang Wangi.
Tambahnya, DBKL telahpun memberi amaran dua jam lebih awal sebelum menurunkan kain rentang namun ia tidak diendahkan.
“Pegawai DBKL sudah memberi amaran pada jam 10 malam iaitu dua jam sebelum menyita dan menurunkan kain rentang namun amaran itu tidak diendahkan peserta,” jelasnya.
Katanya, kes pergaduhan tersebut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menghalang kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat daripada menjalankan kewajipannya).
“Tangkapan peserta tersebut dalam lingkungkan 24 hingga 55 tahun. Jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali,” uajrnya.
Sebelum ini penganjur perhimpunan #KitaLawan telah mengumumkan mereka akan melancarkan kempen “Pecat IGP” selama seminggu bermula 21 Mac di Dataran Merdeka.
ADUN Teja, Chang Lih Kang berkata protes yang dinamakan “Duduk Bantah #KitaLawan Pecat IGP” itu bertujuan membantah salah guna kuasa KPN Khalid Abu Bakar dalam penangkapan peserta himpunan pada 7 Mac lalu.
Pada masa sama, Zainol Samah juga mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima maklumat tentang satu perhimpunan akan di lakukan di kawasan Sogo pada 28 Mac ini.
“Kumpulan ini akan berkumpul di Dataran Merdeka, Masjid Jamek Tun Perak, Pejabat PAS Jalan Raja Laut dan seterusnya akan berarak ke KLCC,” katanya.
Justeru beliau menyeru supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan tersebut.
“Ini kerana perhimpunan tersebut tidak mengikut lunas undang-undang di mana tiada sebarang notis dikemukakan kepada polis.
“Perhimpunan ini sudah pasti akan memberi kesan kepada lalu lintas,” ujarnya.

1 comment:

  1. Anjing yang baik tidak akan menggigit tuannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa