Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 17, 2015

Toksah buat lawakla weeh......!

Kalau tidak cukup kekuatan toksah dok beranganlah......
Berani MP BN nak kata 'yes'?
MP PAS pun belum tentu sepenuhnya sokong
Kan 'the true colors' pada sebahagian mereka dah pun nampak?

Pakatan mahu Parlimen cela IGP
Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli Parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan.

Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditangkap semalam atas dakwaan menghasut, berhubung ucapan bapanya yang juga ketua pembangkang yang dipenjara, yang dibaca Nurul di Dewan Rakyat minggu lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata diharapkan ia dapat memupuk pemahaman kepada ketua polis itu mengenai konsep pengasingan kuasa di negara ini.

Pakatan akan membentangkan usul itu di bawah Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, katanya.

Seksyen 7 akta itu menyatakan bahawa tiada ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah berhubung ucapannya di Dewan Rakyat

Nurul Izzah telah membaca ucapan ayahnya yang mengkritik hakim yang mensabitkannya atas tuduhan liwat pada 10 Februari, ketika membahaskan ucapan diraja.

Beliau juga telah ditangkap semalam berhubung perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac bagi solidariti bersama Anwar. - sumber

4 comments:

  1. buat saja tengok apa reaksinya bukan salah pung
    tak kan semuanya salah

    ReplyDelete
  2. aku sokong tindakan ini. samada mendapat sokongan atau tidak itu perkara lain. ini adalah prinsip. menafikan hak ahli parlimen disamping melanggar ketetapan parlimen.

    kalau mp pas tak sokong lagi bagus. akan terserlahlah sikap permusuhan mereka terhadap keluarga DSAI khususnya dan pkr secara amnya, untuk tatapan rakyat malaysia.

    bila pru nanti, pas pis pus la...

    ReplyDelete
  3. Ramai yang tidak faham kekebalan Parlimen nampaknya. Memalukan...

    ReplyDelete
  4. PKR boleh pgi mampus la

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa