Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 23, 2015

Masih wujudkan kemungkinan ‘kerajaan perpaduan’ PAS-Umno?

11:30AM Mac 23
oleh Ian McIntyre

SEKILAS PANDANG: Topik perbualan dalam lingkungan Umno dan PAS baru-baru ini sudah bertukar kepada kemungkinan kerajaan perpaduan.
Ia selaras dengan aspirasi sebahagian pemimpin Melayu yang yakin ia akan mengukuhkan momentum ke arah perpaduan Melayu.
Isu perpaduan Melayu sering ditimbulkan PAS atau pun Umno sebagai alternatif, agar kedua-dua pihak dapat memberi tumpuan untuk mengangkat kaum mereka dalam konteks sosio-ekonomi dan agama, tanpa politiking yang lazim terjadi. Di antara tahun 2004-2008, PAS sekali-sekala menimbulkan isu itu, manakala Umno juga mula memperkatakannya.
“Perpaduan Melayu” bukanlah perkara baru.
Ia boleh dikatakan telah dicapai pada tahun 1973, apabila beberapa parti termasuk PAS dijemput untuk menubuhkan Barisan Nasional, yang dahulu dikenali sebagai Perikatan.
Allayarham Tun Abdul Razak Hussein, bapa kepada Datuk Seri Najib Razak, adalah arkitek kepada kerajaan perpaduan yang pertama.
Namun, PAS merasakan BN menikam belakangnya pada ketika itu.
Kumpulan ulama’ muda dalam PAS ketika itu, yang diketuai Allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tekanan kepada Presiden pada ketika itu, allayarham Datuk Asri Muda, untuk membawa parti keluar daripada BN.
Ia berlaku pada Desember 1977.
Hari ini, BN adalah adalah parti pemerintah paling lama di dunia, apabila memerintah sejak Merdeka sehingga hari ini.
Pada tahun 2008, ketika negara berhadapan dengan kesan daripada sistem dua parti berikutan kebangkitan pembangkang Pakatan Rakyat, tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah telah mencadangkan kerajaan perpaduan.
Tokoh berusia 77 tahun itu merasakan itu adalah satu-satunya jalan keluar daripada kebuntuan adalah kerajaan perpaduan nasional yang dapat memimpin negara secara baru.
Politik di negara ini kelihatan semakin buruk sejak enam tahun lalu.
Kerabat diraja Kelantan itu bercakap tentang bagaimana perpaduan nasional dapat meredakan ketakutan sebilangan orang Melayu, yang merasakan suara mereka akan tenggelam ekoran politik yang berlebihan.
Sejak dari itu, topik kerajaan perpaduan akan timbul setiap kali nama Umno dan PAS disebut bersama-sama.
Tahun lalu, topik itu sekali lagi bangkit dalam konteks Kelantan.
Kedua-dua Umno dan PAS dikatakan bersetuju dengan cadangan membentangkan undang-undang hudud di Kelantan.
Satu-satunya perbezaan adalah Umno merasa sangsi berkenaan perlaksanaannya dengan berkesan tanpa menjejaskan orang bukan Islam.
Pembentukan kerajaan perpaduan untuk mentadbir aspek ekonomi dan agama di Kelantan juga dicadangkan.
Seorang tokoh yang dikatakan menyokong idea tersebut adalah bekas Adun Mengkebang Azizuddin Hussein, yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno bahagian Kuala Kerai.
Situasinya agak unik.
Arwah bapa saudaranya adalah bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Omar Muhammad.
Adik perempuan Omar adalah Kalsum Ahmad,  bekas adun di Kelantan. Kalsum juga adalah ibu kepada Azizuddin.
Justeru beliau tentunya lebih memahami tentang perjuangan untuk sebuah kerajaan perpaduan, dan mengatakan ia akan dapat membawa negeri itu ke hadapan, bukannya tersekat di dalam ketidaktentuan politik.
Beliau juga berkata, ia juga dapat mengurangkan birokrasi dan polemik yang muncul berikutan perseteruan dua parti itu.
Kerajaan perpaduan mungkin adalah penyelesaian terbaik terhadap ketidaktentuan yang berlaku di negeri itu pada masa ini, katanya lagi.
Memang wujud tanda-tanda yang optismistik, memandangkan kerajaan PAS Kelantan sejak 2013 dilihat bekerjasama dengan dengan kerajaan Persekutuan dengan skala yang lebih besar.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob juga tidak kisah apabila diambil gambar bersama-sama pemimpin BN.
Tabu yang wujud pada era pemerintahan Nik Aziz nampaknya kini sudah tiada lagi.
Justeru adakah ia adalah permulaan bagi sebuah kerajaan perpaduan?
Hanya masa yang akan menentukannya.

4 comments:

  1. INI SEMUA PERKARA KE 2 UNTUK PENGETAHUAN RAKYAT NEGARA INI.YANG PENTING HARGA BARANG NAIK.GST MESTI DIHAPUSKAN KALAU TIDAK HAPUSKAN PEMINPIN KERAJAAN INI PATUT DI HAPUSKAN.ISU JET SERTA BETINA PUAKA.1 MDB.ISU ANAK NAK DAPT BATANG DUIT NEGARA LEBUR SERTA RAKYAT MENANGUNG HUTANG HARAMJADAH INI.KES SIRUL YANG MANA DIA TELAH DIBANTU OLEH GHANI TIMBANG TAIL YANG BERKHIDMAT SELAMA 12 TAHUN PERTUALANG HAKIM DINEGAR INI.BUKN LAIN LAIN YANG BERKAITAN

    ReplyDelete
  2. Jika hendak berpadu mesra dgn penyamun dan samseng, mestilah memiliki atau paling tidak pun meredhai sifat mereka itu. Jika tidak, ia hanya ibarat melepaskan anjing tersepit shj.

    ReplyDelete
  3. I have to thank you for the efforts you have put in penning this blog.
    I am hoping to check out the same high-grade blog posts from you later on as well.
    In truth, your creative writing abilities has encouraged me to get my own blog now ;)

    Also visit my blog post - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  4. Wow, this piece plenty of fish dating site of free dating
    writing is pleasant, my younger sister is analyzing such things, thus I am going
    to convey her.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa