Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 24, 2015

Parah bila terlupa asal usul

Ridhuan Tee, jangan lupa asal usul Cina anda
03:30PM Mac 24

oleh Theantdaily readers
KOMEN PEMBACA: Saya tidak mempunyai masalah terhadap sesiapa yang ingin menukar agama masing-masing. Itu adalah pilihan peribadi.
Sama seperti ada orang yang akan menukar agama mereka untuk berkahwin dengan seseorang yang mereka cintai, ada juga orang-orang yang menukar agama kerana mempercayainya. Kita perlu menghormati keputusan mereka.
Tetapi saya kesal dengan beberapa penganut agama baru yang sanggup mengkritik kepercayaan agama mereka sebelum ini, dan dalam proses itu melampaui had mereka dengan menghina ahli-ahli keluarga mereka.
Namun begitu, saya secara peribadi tidak akan menukar agama dan tidak akan menggalakkan ahli-ahli keluarga saya untuk berbuat demikian. Kerana tindakan meninggalkan agama kelahiran adalah seperti menghalau ibu kandung anda dari rumah, dan menerima seorang ibu baru.
Mengenai Ridhuan, dia mungkin ingin menukar bangsanya dari sisi undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perlembagaan negara kita, tetapi ingat bahawa dari segi biologi, dia masih seorang Cina.
Perubahan genetik memerlukan mungkin beratus-ratus ribu atau berjuta-juta tahun.
Jadi Dr Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah aka Tee Chuan Seng, jangan malu dengan asal Cina anda. – Shookdev
Saul: Ridhuan memalukan dirinya sendiri. Jika bapanya adalah bapa kandungnya, maka dia mewarisi separuh genetiknya. Bapanya beri arahan, dia yang lakukan.
Begitu juga sekarang, Umno beri arahan, dan dia jalankannya.
Adakah dia akan berubah? Tidak mungkin! Dia tidak tahu dia hanyalah alat kepada ramai orang, tetapi dia fikir dialah yang memberikan arahan! Macai sepertinya hanyalah satu keaiban pada mana-mana masyarakat yang dia rapati.
Kita menyangka beliau mensasarkan lelaki yang sebenar sebagai bapanya. Apakah yang akan berlaku jika ianya salah. Apa status beliau kemudiannya? Saya pun tak tahu.
Jusoh: Walaupun Ridhuan mungkin layak menjadi Melayu di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, dia tidak boleh mengubah hakikat bahawa dia lahir sebagai seorang Cina dan datang dari rahim seorang wanita Cina.
Ridhuan terdesak untuk menjadi Melayu. Jika dia boleh, dia akan menanggalkan kulitnya dan menyarungkan kulit Melayu, tetapi malangnya ia tidak boleh dilakukan.
Malah pendakwah Islam berbangsa Cina yang terkenal dengan nama Ma langsung tidak cuba untuk menjadi Melayu. Dia hanya mengajar tentang Islam dalam bahasa Mandarin di TV Malaysia.
Ummu Zubair: Dia hanya berkongsi pengalaman beliau tentang zaman kanak-kanaknya.
Walaupun ia sudah tentu tidak baik untuk bercerita mengenai keburukan bapa sendiri, beliau telah mengenengahkan pelbagai helah perniagaan atau ketidakjujuran yang dilakukan oleh sesetengah peniaga dan ahli perniagaan, untuk membuat keuntungan sebanyak mana yang mereka boleh.
Terdapat beberapa kebenaran kepada cerita itu. Saya sangat pasti yang beberapa ahli perniagaan (tidak mengira bangsa) bersalah melakukannya. Dalam Islam urusan perniagaan sebegitu adalah haram.
Tan Soon Chiang: Saya orang Cina dan saya beragama Islam, tetapi saya tidak dapat memahami mengapa lelaki yang sebangsa dan seagama dengan saya ini boleh menyebabkan orang ramai membencinya dan agama yang dianutinya.
Nabi Muhammad tidak pernah mahu kita menggambarkan Islam dengan cara ini. Kami perlu menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat kepada semua kaum, tanpa mengira agama mereka.
Lawrence: Amat memalukan kepada masyarakat Cina, terutamanya kepada kerabat Tee. Buangkan nama keluarga itu.
Vasudevan Prabakaran: Tidakkah agama-agama menekankan kepentingan menghormati ibu bapa?
Roger: Mengapakah ‘Ultrakiasu’ ini membuat rujukan kepada kampung "Melayu" dalam contoh ini?
Adakah dia mencadangkan yang amalan tidak bermoral untuk meningkatkan keuntungan ini, adalah unik kepada bangsa bapanya?
Apa agaknya nasib anak tak kenang budi ini hari ini, jika bapanya tidak memberikan pendidikan yang sempurna, dan membesarkannya menggunakan keuntungan kedai runcit yang kononnya tidak beretika itu?
Refired: Tidak hairanlah bahawa dengan jenis latar belakang keluarganya, dia bersikap sebegitu hari ini! Kesian!
Martin Sung: Saya percaya Ridhuan tidak mempunyai didikan yang baik.
Amin: Saya tertanya-tanya bagaimana ibu bapa akan bertindak balas terhadap cacian anak mereka terhadap kelakuan dan tradisi masyarakat mereka.
Seorang bapa akan mempunyai nasib yang lebih lebih baik tanpa seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Saya rasa adalah lebih baik untuk tidak mempunyai anak dari mempunyai anak yang lupa daratan. Tee patut malu. Anda tidak layak untuk menjadi seorang pensyarah.
Mike: Sarkas sedang mencari di serata tempat untuk seorang badut yang hilang...yang kerap menuturkan kata-kata sampah, memuntahkan penghinaan perkauman berbaur neo-Nazisme, lupa kaum sendiri dan krisis identiti.
Shaun Zeng: Ridhuan Tee cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai cendekiawan terpelajar, tetapi mereka perkara-perkara sampah yang lemah intelek. Satu jari kelingking mak cik nasi lemak yang jujur adalah lebih Melayu daripada dia.
Ravi Kumar: Apa yang kita buat akan kena di batang hidung kita semula. Tee juga mempunyai anak-anak. Masa akan menunjukkan bagaimana salah seorang daripada mereka akan memfitnah beliau di masa akan datang. Saya berdoa ia tidak akan berlaku, tetapi ia akan dan boleh berlaku. Lagipun, mereka adalah darah daging Tee sendiri.
Chandran Sukumaran: Bolehkah pembedahan plastik menjadikan rupanya Melayu? Bagaimana untuk menukar DNA beliau? Tak dapatlah! Lahir Cina, mati Cina.
Komen-komen ini diberikan pembaca rencana, “Ridhuan Tee has gone too far this time…criticising his late father!” (March 20)

5 comments:

  1. salahkah dia kritik bapanya setelah beriman

    ReplyDelete
  2. Awak dah takde berita ker nak tulis?. Biarlah dia dengan pandangan dia

    ReplyDelete
  3. Bak Kut Tee ini kurang sehat

    Kasihani lah dia

    ReplyDelete
  4. Ajaran islam mewajibkan anak perlu menyantuni kedua orang tuanya, serta menutup semua keaiban mereka yg wajar ditutup. Kenapa perlu didedahkan keaiban ibu dan bapa sendiri? Dimanakah letaknya nilai akhlak ketimuran ataupun sebagai penganut islam? Tambahan pula mengumpat kpd orang yg telah meninggal, sudah tentu mustahil untuk mendapat kemaafan drp orang yg diumpat itu.

    ReplyDelete
  5. Saya dusun beragama islam.saya tidak mahu menjadi melayu hanya kerana saya islam kerana islam itu bukan melayu.ia agama untuk semua bangsa.hanya orang melayu tanah melayu mau begitu.orang arab lebih dahulu islam.sepatutnya setiap islam arab tapi tidak begitu.bangsa tetap bangsa.agama tetap agama.tak boleh dicampuraduk.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa