Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 21, 2015

Timbalan sengal dan sejarah Malaysia yang malang

01:30PM Mac 21
oleh Neal K
KOMEN: Kemelut buku teks Sejarah Malaysia bagi peringkat sekolah rendah dan menengah telah diperkatakan sejak bertahun lamanya.
Ahli sejarah, dar kalangan bukan berbangsa Melayu, telah berjuang dengan pihak Kementerian Pendidikan bagi membasmi amalan bias terhadap bangsa Melayu dan ajaran Islam. Sikap sebegini menyaksikan sumbangan dan peranan kumpulan etnik dan agama lain di Malaysia dipandang sepi.
Paling lantang bersuara tentunya Dr Ranjit Singh Malhi yang baru-baru ini menulis di akhbar The Star tentang kekecewaannya, dan bukan kemarahannya. Katanya, pihak tertentu masih menutup sebelah mata dan akal fikiran di dalam perkara berkaitan.
Sejak tahun 2010, Ranjit telah menjelaskan beberapa kesalahan dan fakta tersasar, namun pegawai kementerian menggelarnya sebagai “anti nasional”.
Dakwaan ini kerana ahli sejarah itu berani memberitahu pihak kementerian bahawa “buku sejarah di sekolah menengah digunakan bagi mempromosi kepentingan politik tertentu. Ia sewajarnya bagi mencari ilmu dan bukannya bermotifkan politik.”
Namun Ranjit hanya digelar “anti nasional”. Tiada siasatan dilakukan ke atas dakwaan beliau dan pasukan yang menulis sejarah Malaysia kekal dengan tugasan memesongkan ataupun memadamkan sejarah.
Kali ini, Ranjit bertegas “cukuplah”. Itu yang ditulisnya yang telah menjadi topik hangat buat masa ini.
Topik tersebut turut menarik perhatian Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan (perhatikan menteri pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya diam membatu).
Kenyataan yang dibuat P Kamalanathan tentunya menyebabkan ahli-ahli sejarah di Malaysia juga kecewa. Dengan mendakwa komen Ranjit “mencetus pemikiran”, Kamalanathan seakan terkejut dan tidak pernah mendengar hujah sebegitu.
Kita bertanya, “Betulkah dia ini?” namun Kamalanathan seterusnya berkata, beliau akan meminta jabatan tertentu menyiasat kesalahan fakta di dalam sejarah seperti  yang dijelaskan oleh Ranjit di dalam warkahnya ‘Glaring bias in history textbooks’.
Seadilnya bagi Kamalanathan, beliau perlu sedar perkara ini namun mungkin beliau timbalan yang sengal, dan dihambat media bagi mendapatkan maklumbalas.
Beliau sedar tidak memiliki kuasa bagi mencadangkan sesuatu yang lebih dari yang mampu dilakukannya.
Sudah tentu beliau sendiri sedar inilah yang akan berlaku apabila ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Teks Sejarah terdiri daripada kumpulan etnik tertentu sahaja.
Sesiapa di bawah usia 35 yang telah melalui kurikulum nasional akan memberitahu anda, mereka difahamkan Parameswara, pengasas Melaka beragama Islam dan bukannya putera Hindu daripada Palembang (selepas diubahsuai pada pertengahan 90an) dan Yap Ah Loy….tunggu Yap yang mana?
Ya betul, pengasas Kuala Lumpur. Mana-mana ahli sejarah tahu Kuala Lumpur menjadi ibukota Persekutuan Tanah Melayu kerana kebijaksanaan lelaki peniaga itu. Namun kisah Kapitan Yap Ah Loy tidak banyak diceritakan di dalam buku  teks Sejarah.
Kamalanathan perlu berhenti bersandiwara dengan rakyat Malaysia.
Sekiranya beliau berintegriti maka perlulah beliau mengakui. Beliau wajar nasihati Menteri Pendidikan agar melantik panel penasihat pelbagai kaum bagi memulihkan keadaan. Bukannya sukar kerana ianya hanya bermula pada pertengahan 90an.
Dengan senario politik semasa, Kamalanathan tidak akan didengari, jadi mungkin beliau tak perlu berkata-kata. Namun, apa kata beliau meletak jawatan sahaja. Cukup, cukuplah.

1 comment:

  1. kalau cerita betoi betoi sejarah Tanah Melayu ni kan elok macam mana british impot masuk macam macam sekarang melayu becelaru
    nasib baik ada yang setuju dengan kehendak british maka adalah banyak suara yang melantang sana sini
    tak cukup lagi kah?
    nasib tak baik jepun kalah kalau tidak tak ada jenama impot berlebihan
    oh tanah air ku

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa