Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 25, 2015

Zahid bersumpah di Parlimen?

Kalau sungguh itulah sumpah Zahid.......sebagai seorang Islam aku percaya
Sebab itulah sumpah sebenar....bukannya junjung Qur'an!
Kalau sekiranya bersumpah bohong.......itu adalah urusan dia dengan Allah

Zahid Hamidi bersumpah tidak terima habuan daripada raja judi
 | March 24, 2015
Isu berkaitan raja judi terpaksa dijelaskan secara rasmi di Dewan Rakyat memandangkan pihak pembangkang kerap melemparkan pelbagai tuduhan terhadap KDN
FBI-paul-phua-Zahid-IGP2KUALA LUMPUR: “Wallahi, wabillahi, wattallahi tiada satu sen pun saya mendapat faedah daripada penjudi, malah saya tidak pernah bersekongkol dengan orang itu (Paul Phua),” kata Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi ketika menjawab dakwaan pihak pembangkang yang mendakwa beliau menerima habuan daripada Paul Phua Wei Seng.
Menteri Dalam Negeri juga nenegaskan bahawa beliau bukan sahaja tidak mempunyai hubungan dengan Paul, malah tidak mengenali dan tidak mendapat satu sen pun daripada raja judi itu.
Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, Zahid berkata isu tersebut terpaksa dijelaskan di Dewan Rakyat agar penerangan dapat diberikan terutamanya apabila ia kerap kali dimainkan pihak pembangkang dengan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Saya harus berani untuk menjawab tuduhan itu. Saya harap pihak berkenaan tidak memanjangkan isu ini dan jawapan yang saya berikan ialah jawapan rasmi dari KDN,” ujarnya. Selasa.
Sementara itu, ketika berucap di Dewan Rakyat, Zahid tidak menafikan bahawa terdapat insiden di lokap membabitkan selipar, sehingga memaksa pihak berkuasa tidak membenarkan banduan memakai selipar di Penjara.
Mengulas mengenai insiden berkenaan, Zahid menjelaskan, peraturan tersebut telah digubal oleh negara ekoran satu insiden yang membabitkan pemakaian selipar di lokap sehingga menyebabkan satu kematian banduan lokap.
“Peraturan tersebut digubal puluhan tahun dahulu dan ia berdasarkan insiden tersebut. Kita tak bagi pakai selipar di lokap atas faktor keselamatan. Bukan sengaja tidak benarkan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.
Dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini, Datuk Mahfuz mempersoal Ahmad Zahid mengenai tindakan pihak penjara yang tidak membenarkan Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenakan selipar ketika ditahan reman oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung Himpunan #kitalawan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa