Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 29, 2015

Undang-undang ‘Antara Dua Darjat’?

Jawapan menteri menyerlahkan pelaksanaan undang-undang ‘Antara Dua Darjat’
07:30PM Mac 29
oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: “Kebenaran ada di luar sana,” adalah dialog terkenal dari rancangan TV popular The X-Files.
Dan saya menjangka kebenaran di luar sana untuk disaksi oleh semua, apabila tiba waktu untuk pelaksanaan undang-undang Malaysia, ianya kelihatan mereka melihat sebelah mata apabila melibatkan personaliti parti pemerintah tetapi bertindak sekerasnya apabila melibatkan pemimpin pembangkan dan aktivis pro-demokrasi.
Tiada yang lebih jelas mengenai perkara ini daripada jawapan di parlimen daripada Menteri Dalam Negeri kita Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang bagaimana polis telah mengambil keterangan daripada dua orang menteri kerajaan terhadap kenyataan menghasut mereka.
Laporan akhbar memetik Zahid sebagai berkata bahawa polis merekodkan kenyataan daripada bekas timbalan menteri Mashitah Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan merumuskan siasatan dalam tempoh 24 jam saja dan tidak perlu untuk menahan mereka. 
Ini walaupun laporan akhbar yang jelas kelengahan dalam mengambil tindakan selepas laporan polis telah dibuat dan polis mengambil keterangan mereka dengan sabar dan menanti menteri itu mempunyai masa dari jadual mereka yang sibuk.
Apakah ada perbezaan antara tempoh 24 jam untuk siasatan ke atas menteri BN dan tindakan pemimpin dan aktivis pembangkang? Mungkin dua zon waktu yang berbeza?
Jelas sekali perbezaan jika dibandingkan dengan kesungguhan polis pergi ke rumah pemimpin pembangkang pada hari sama atau ketika temu janji yang dijadualkan di balai polis.
Sememangnya, banyak ahli politik pembangkang dan aktivis pro-demokrasi telah ditahan oleh polis sejurus selepas mereka secara sukarela menyerah diri ke balai polis.
Terlalu banyak untuk disebut tentang ‘kecekapan polis’ kebelakangan ini, dengan ahli politik dan aktivis yang ditahan kerana kesalahan lama mereka apabila mereka masuk ke balai untuk memberi kenyataan.
Seperti yang dinyatakan oleh rakan sekerja apabila beliau mendengar berita tentang pengisytiharan bijak dari Zahid, “sangat adil, sangat saksama dan sangat cekap!”
Ini mungkin sememangnya jelas dengan hubungan terus KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menggunakan Twitter sebagai medium untuk memburu mereka yang didakwa menyalahguna Twitter untuk menyebarkan kata-kata menghasut supaya menghentikan berbicara isu sensitif.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mempertahankan tindakan pengawasan Twitter oleh Khalid dengan mengatakan ianya perlu dan dalam skop kerja KPN.
Namun pengkritik telah mempersoalkan adakah pengawasan Twitter oleh KPN ini benar-benar membantu mengurangkan kadar jenayah di jalanan yang ditakuti umum dan persepsi hidup di dalam negara yang penuh jenayah ini.
Para pengkiritik ini menyedari bahawa sudah banyak kes ragut, bunuh dan rompakan yang masih belum diselesaikan dengan pantas sepertimana kes hasutan di Twitter dan pemimpin pembangkang dan aktivis yang ditahan yang begitu cekap sekali berbanding menangkap suspek jenayah lain.
Zahid dilaporkan memberi maklum balas di Dewan Rakyat pada 24 Mac, ketika menjawab soalan daripada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) tentang kenapa tiada ahli politik Umno yang ditahan apabila disiasat kerana hasutan seperti ahli politik pembangkang dan aktivis pro-demokrasi.
Menteri itu menjelaskan bahawa polis yang dibawah bidang kuasa kementeriannya tidak perlu untuk menahan Mashitah dan Ismail kerana mereka merekod kenyataan dan penyiasatan awal telah selesai dalam masa yang diperlukan.
Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa hanya ahli pembangkang saja yang ditahan dan menambah bahawa penyokong kerajaan juga ada ditahan.
Mashitah mendapat perhatian umum kerana mendakwa terdapat orang Cina di Kedah membakar Al Quran, dan berkata orang Melayu dan Islam telah dicabar di Malaysia. Walaupun dakwaan itu sebenarnya palsu.
Sementara Ismail pula menjadi perhatian kerana menggesa orang Melayu memboikot peniaga Cina yang bertanggungjawab menaikkan harga barang.
Pengguna media sosial, penyokong pembangkang, ahli politik pembangkang dan aktivis pro-demokrasi telah banyak kali ditahan untuk diambil keterangan kerana sebab yang kurang daripada dua orang ahli politik BN ini dan juga lebih pantas.
Mungkin ramai berasa hairan adakah polis sebenarnya telah salah menyalurkan sumber mereka kepada membentuk polis khas mengawasi internet, sama seperti banyaknya pegawai Cawangan Khas yang digunakan untuk menyiasat ahli politik dan pembangkang lebih daripada penjenayah.
Dan sememangnya ramai yang memikirkan adakah ini sama seperti filem P Ramlee “Antara Dua Darjat” apabila melibatkan penyiasatan terhadap personaliti berkaitan kerajaan berbanding kepada pemimpin pembangkang, dan aktivis pro-demokrasi.
Filem itu adalah berkisar tentang perbezaan antara mereka yang berbeza status sosial dan bagaimana orang melayan mereka.

2 comments:

  1. Tangkap menjadi2 sebab PR tak bersatu macam sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. be honest with urslf. are u not being biased IGP

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa