Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 25, 2015

Pencak silat bodoh ni bila nak habis?

Lagi ramai yang menyampuk lagi haru jadinya!

DAP biadab, tuduhan liar, kata PAS
mk - 2:10PM - 25 Mar 2015

PAS hari ini memulangkan paku buah keras kepada DAP, rakan gabungannya dalam Pakatan Rakyat, susulan kritikan keras terhadap usaha parti itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Mereka juga menggesa DAP menarik balik “tuduhan melampau” pada presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah, berserban), yang membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka laluan kepada hudud.
“Kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

“Tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadab dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden,” katanya.

DAP sebelum ini melancarkan pelbagai kritikan keras kepada PAS kerana cuba melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang digubal pada 1993, tiga tahun selepas mereka merampas Kelantan daripada BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sebagai seorang yang tidak menepati janji.

Ketegangan berlarutan sehingga DAP semalam mengumumkan memutuskan hubungan dengan Hadi kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS itu yang didakwanya “tidak jujur”.

Ulama: Tusuk jarum beracum

Sementara itu pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed menasihatkan DAP agar tidak memberi “peluru” kepada parti lawan untuk mengasak gabungan pembangkang.
“Dewan Ulama PAS menasihatkan DAP agar jangan memberi peluru kepada musuh bertepuk tangan melihat pertembungan dalam Pakatan Rakyat,” kata Mahfodz (kiri).

Beliau turut mengingatkan agar DAP tidak “menusuk jarum beracun” dan mewujudkan siasatan pecah belah.

Beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini sudah menyatakan perasaan tidak selesa mereka dengan kritikan DAP kepada Hadi, termasuk timbalannya Mohamad Sabu.

Mohamad, walaupun terpalit dakwaan ingin menjatuhkan Hadi akibat suara miripnya tersebar di Internet, mahu penyelesaian segera diambil atau krisis dalaman Pakatan akan lebih meruncing.

16 comments:

  1. Pencak silat untuk berbunuh sama sendiri. Musuh senyum je...

    ReplyDelete
  2. kekalutan yang membyat saya mula kurang yakin samada pakatan boleh menjadi oemerintah. Maafkan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan boleh memerintah jika kita tolak PAS dari PR.

      Delete
  3. HHA lebih utamakan majlis ulama dunia dari mengendalikan tugas presiden PAS sebab dimajlis ulama dunia dia selalu dapat keluar negara dalam PAS hampa guna akai sendiri la bial dia balik kaki megampu akan beri taklimat dan nasehat itulah sebabnya jadi haru biru bukan haru hijau.

    ReplyDelete
  4. ulamak sepatutnya berpegang pada janji,klu mcm ni le janji yg di berikan dulu untuk bersama tapi tapi di khianati...mcm ni bukan janji islam tapi janji melayu....sebab tu saad abi waqas pergi ke negeri cina,berpuluh juta org cina memeluk islam tapi berjuta2 org cina datang ke malaysia...tapi bila tengok muka org melyu...org cina tak terpikat pada islam pun....renungkan2 lah ....kenapa?????????

    ReplyDelete
  5. ulamak kata Dap beri senjata pada musuh.aku herqan juga,selama ni geng2 ulamk macam seronok je baring bersma dengan musuh tak apa pula,kalau dah tahu Dap bagi peluru geng2 ulamak lari lah menyorokan diri agar tak kena,biar cerdik jangn bodoh sangat.dah tahu peluru buat apa tunjuk dad.kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  6. ulamak kata Dap beri senjata pada musuh.aku herqan juga,selama ni geng2 ulamk macam seronok je baring bersma dengan musuh tak apa pula,kalau dah tahu Dap bagi peluru geng2 ulamak lari lah menyorokan diri agar tak kena,biar cerdik jangn bodoh sangat.dah tahu peluru buat apa tunjuk dad.kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  7. Abe

    Bila akan habis?....hehehe.....tak lama lagi.

    Dok ķalut tuduh orang biadap bila dedah hakikat sebenar mengenai presiden kita. Kebiadapan Presiden kita tak pe pulak. Itulah cerita sebenarnya.

    Ini org kata kelupoq. Dah xde modal nak menegak perbuatan presiden kita kita tuduh orang biadap. TITM pun dah jadi xcerdik. Tau la hang nak bertanding dlm p3milihan nanti tapi jangan le buang taitel ulamak tu macam orang lain...hangpa tu calon Presiden PAS. Kalau gini perangai ibarat terlepas mulut buasa masuk mulut harimau la...

    ReplyDelete
  8. bat8

    Pada penilaian abe sekarang PAS sudah kekeringan pemimpin berwibawa di kalangan yang digelarkan Ulamak!

    ReplyDelete
  9. Bagaimana mereka dengan mudah mengaku ulama.Sedang mereka tidak menghindari sifat sifat tercela

    ReplyDelete
  10. Aku sokong TGHH, aku sokong Ustaz, aku sokong Ulamak, hidup PAS. PR tanpa PAS umpama kereta yang tidak berenjin.

    ReplyDelete
  11. yg kondem haji hadi bagai nak rak, agaknya dah buat sembayang istikharah kutm . Atau mereka ni sama level iman dgn lim guan eng.

    ReplyDelete
  12. Tak de kepimpinan Islam ,
    Takyah taksub sgt le,
    Bawa perpecahan bukan amalan yg baik.
    Ego tak bertempat,

    ReplyDelete
  13. Apa kah sama Keldai dan Unta ?

    Pemimpin PAS rata rata Otak Keldai saja

    ReplyDelete
  14. Kat mana ego nya tu blh jelaskan?...DAP je yang tak ego kan?...

    ReplyDelete
  15. sudah terbukti bukan! ini yg umno mahu bila tiba2 terbuka hati mrk nak sokong hudud. pas dan dap bergaduh openly. pr bakal berpecah. umno selamat dan akan perintah selamanya krn kebodohan berpolitik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa