Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 22, 2015

Benarkah ini tujuannya UMNO sokong Hudud?

Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis
Published: 21 March 2015 9:48 PM

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.
Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.
"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."
Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.
Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.
"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.
"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.
Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.
"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.
"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.
Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).
"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.
"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.
Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.
Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.
DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan “dikhianati” PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.
PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR. – 21 Mac, 2015.

7 comments:

  1. Ikut logik akal nampak macam kemungkinan PR musnah itu ada...namun aku berdoa semoga ia manjadi seperti perjanjian hudaibiyah...kebaikan yang terselindung diawal masa...hanya Allah yang maha mengetahui...

    ReplyDelete
  2. Tuan....
    Rasanya Pas akan kena kelentung oleh umno dan hudud tak akan pergi ke mana. Apa2 pun Pas Kelantan telah berusaha sedaya yg boleh. Sekurang2nya terlepas juga beban bila menghadap Allah besok.

    Yang tak menyokong masih dgn alasan sama; perlukan kajian, perluksn kajian, perlukan kajian... Siapa yg akan kaji, bila nak mula kaji tidak pula diketahui. 100 tahun lagi, cicit kita pun akan mendengar alasan yg sama; perlukan kajian, perlukan kajian, perlukan kajian....

    Mungkin bila matahari sudah terbit dari barat, barulah sang pemerintah negara kita akan mula membuat kajian.......

    ReplyDelete
  3. Salam tuan...
    Kalau ada yang panjang akal, strategi ni boleh pecahkan balik BN..
    Kita tengok siapa yang pandai...

    ReplyDelete
  4. Kopiah putih munkin akan terperangkap sekali lagi nampaknya. Jalan lurus tetapi perlahan lahan telah diusulkan-berperingkat peringkat, keutamaan nombor 3 tidak boleh didahulukan sebelum keutamaan nombor 2 disempurnakan dan nombor 2 tidak boleh didahulukan melainkan setelah keutamaan nombor 1 di seselaikan. Itu sebabnya usul mereka yang gopoh ini akan tempang. Jangan salah erti, kita tak menolak HUDUD tapi itulah realitinya di Malaysia ini.

    ReplyDelete
  5. Alias Bin Hasan 02

    Memang pun boleh sekiranya ada stratergis yang berkalibar tapi siapakah di kalangan serban ini?

    Kedua-duanya terkesan dengan isu ini tapi siapakah yang lebih parah?
    http://mountdweller.blogspot.com/2015/03/hudud-siapa-yang-akan-menerima-kesan.html

    ReplyDelete
  6. UmNO bukan bodoh macam PAS

    Tu sebab orang orang UMNO kaya banyak duit boleh bagi BR1M pada orang orang miskin PAS

    ReplyDelete
  7. Sokong pun dikata nk pcah belahkn fuckatan..xskong lg la teruk kna hntam..sama jek smada umno sokong atau x...mmg kompem kna kutuk keji maki pnya ngn puak aljubori..aptb

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa