Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 22, 2015

Keselesaan hidup juga penting selain hudud

Tumpu keselesaan hidup juga penting selain laksanakan hudud - Mujahid Yusof Rawa
Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Mac 22, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 22, 2015 09:11 MYT)

Tumpu keselesaan hidup juga penting selain laksanakan hudud - Mujahid Yusof Rawa
Dr Mujahid turut mengingatkan supaya jangan mudah beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip hukum tersebut.
KUALA LUMPUR: Memberi tumpuan kepada keselesaan hidup merupakan tujuan utama syariat, selain melaksanakan hukum hudud, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun katanya Malaysia tidak boleh terlalu 'diambil alih' oleh hukum ini sedangkan kita gagal membina sebuah negara yang kukuh.

"Tiada Mulism yang boleh kata tak perlu hudud... soalnya ialah objektif utama syariat juga perlu diberi tumpuan, contohnya memberi keselesaan hidup," katanya dalam sebuah mesej kepada Astro AWANI.

Beliau dalam laman Twitternya sebelum ini telah mengingatkan semua pihak agar berhati-hati dengan tindakan golongan yang memanipulasi hudud serta mengaitkannya dengan agenda perkauman dan ekstremis.



Malysia must not be overtaken by just hudud while we fail to have a strong nation. Providing good livelihood is the bigger motive of Syariah
Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Sabtu, Dr Mujahid turut mengingatkan supaya jangan mudah beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip hukum tersebut.

"Hudud perlu dilihat sebagai hukum Allah SWT daripada perspektif ini, iaitu perspektif perlunya kuasa, keperluan sebab untuk melaksanakannya atau tidak dan samada memenuhi syarat untuk laksanakannya atau tidak.

"Oleh itu jangan kita bermudah dan beremosi tanpa panduan ilmu yang membentuk prinsip-prinsip yang terbina atasnya hukum Allah SWT," katanya.

Menurut beliau, perbahasan berkenaan hudud yang berpandukan emosi boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian atas nama agama, dan akhirnya tujuan yang pada asalnya bermanfaat akan dipersoal.

"Saya mengharapkan perbahasan berjalan secara demokratik dan masyarakat tidak dipergunakan oleh pihak yang berkepentingan sempit khususnya yang berligar di media sosial.

"Janganlah perbahasan hudud yang tidak terpandu menyebabkan perpaduan nasional yang terbina selama ini dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Dr Mujahid lagi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Jumaat telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.

Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Kesemua 12 anggota dewan daripada Barisan Nasional (BN) turut menyokong  rang undang-undang itu.

Turut menyokong, kesemua 31 anggota dewan daripada PAS dan seorang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR-Guchil) Mohamad Roslan Puteh.

Susulan itu, pelbagai reaksi telah timbul berikutan kelulusan enakmen tersebut termasuk tentangan dari sekutu PAS sendiri dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.

Terbaharu, seorang hos stesen radio BFM telah mempersoalkan usaha kerajaan negeri Kelantan membantu mangsa banjir negeri itu yang telah kehilangan tempat tinggal akibat kemusnahan rumah.

Kenyataan itu bagaimanapun mendapat kritikan teruk termasuk ugutan bunuh setelah video yang dimuatnaik itu seolah mengkritik perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.

2 comments:

  1. Betul kata Mujahid

    Elok Mujahid ganti Mustafa Ali yang tak tau jadi orang

    Raut Muka Mujahid pun bersih macam isi hati nya juga

    ReplyDelete
  2. Takkan la keselesaan hidup jadi kurang selesa atau tidak selesa kalau Hudud dibawa bersama didalam kehidupan seperti syariat lain.

    Manusia yang dinaungi dibawah hukum Allah SWT akan lebih selesa memberikan tumpuan kehidupan didunia disamping menjalani syariat-syariat Allah SWT yang lain. Sebagai manusia yang beriman yakin lah dengan suruhanNYA, berhenti lah dari beralasan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa