Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 31, 2015

GST akan menjerut BN di PRU14?

Jika BN gagal kendali GST, impaknya pada PRU.
 | March 30, 2015
Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menggunakan peluang itu dengan janji memansuhkan GST dalam manifesto pilihan raya mereka.
Datuk-Ibrahim-Ali_600KUALA LUMPUR: Perkasa akui sebarang masalah berkaitan GST yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas pelaksanaannya kelak akan digunakan sebagai peluang oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk memancing undi daripada rakyat.
“Bolehkah kerajaan menjamin harga akan terus dikawal dan tidak wujud sebarang masalah selepas GST dilaksana?”.
“Jika mereka (kerajaan) gagal menangani masalah dalam tempoh tiga tahun, maka ia akan membawa kepada kegagalan BN dalam pilihan raya umum yang akan datang,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat (PR) mungkin akan menggunakan peluang itu dengan janji memansuhkan GST dalam manifesto pilihan raya mereka.
“PR boleh menggunakan helah ‘memansuhkan GST’ dalam manifesto mereka jika masalah GST gagal diselesaikan oleh kerajaan,” katanya lagi.
Ibrahim berharap agar kerajaan mengambil langkah yang wajar untuk mengawal keadaan selepas pelaksanaan GST pada hari Rabu ini.
Sementara itu, beliau juga menyeru Putrajaya untuk menilai semula gaji minimum dan mencadangkan ia dinaikkan kepada RM1,200 berbanding hanya RM900 kini.
Ia adalah untuk membendung kenaikan harga barangan selaras dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan cukai kelak (GST).
Jelasnya, dengan menaikkan gaji, ia boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
“Cara itu boleh mengurangkan keluhan dan beban akibat kenaikan harga disebabkan pelaksanaan GST,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Perkasa di sini hari ini.
“Tentu sekali RM900 sebulan terlalu rendah dan tidak mencukupi,” katanya.
“Walaupun terdapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM 600, atau RM50 sebulan, ia masih tidak cukup walhal untuk menampung dua orang sekalipun, “katanya.
“Dengan gaji minimum semasa, saya ragu-ragu jikalau Malaysia boleh mencapai status negara maju dalam tempoh lima tahun,” katanya lagi.

2 comments:

  1. InsyaAllah PR akan teruskan gst cuma pada kadar 0%. Sekadar kekalkan gst untuk mengingatkan rakyat kezaliman kerajaan bn.

    ReplyDelete
  2. Lambat lagi pru. Kjaan bg rakyat menggelegak skrang. Smpai nak saat praya, kjaan akan buat sesuatu yg membuat rakyat senyum dan lupa kejahatan dan kezaliman. Dan akhirnya BN kekal berkuasa. Percayalah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa