Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 26, 2015

Kes pembekalan barangan TLDM: RM23 juta, 240 akaun bank dibeku

RM23 juta, 240 akaun bank dibeku, kes pembekalan barangan TLDM - SPRM
DI KUALA LUMPUR - 25 MAR 2015

Sejumlah RM23 juta wang dalam simpanan dan 240 akaun bank dibeku dalam siasatan berhubung kes melibatkan pembekalan barangan dan peralatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) baru-baru ini.
Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata selain itu, wang tunai lebih RM200,000 juga dirampas dan 13 kereta termasuk Lamborghini disita.
"SPRM merampas sejumlah jam tangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Patek Philippe, Tag Heuer dan Frederique Constant," katanya dalam satu kenyataan di ibu negara, Rabu.
Dalam pada itu, Mohd Jamidan mengesahkan sebanyak 16 orang termasuk enam anggota TLDM berpangkat Pegawai Pemerintah, Leftenan Komander, Leftenan Tentera Laut dan Laskar Kanan telah ditahan pada 9 dan 11 Mac lepas bagi membantu siasatan berkenaan.
"Kesemua 16 orang dibebaskan selepas ditahan reman antara tujuh hingga 10 hari," katanya sambil menambah bahawa siasatan kes ini bagaimanapun masih dijalankan.
Mohd Jamidan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. - sumber

5 comments:

  1. MACAMANA KES KAPAL SELAM TAK AKAUN PUN DIBEKUKAN

    ReplyDelete
  2. kalau pegawai bawahan pun boleh menggelapkan wang kontrak berjumpah RM24 juta .... inikan pula Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri

    ReplyDelete
  3. bersepah perbuatan rasuah
    orang pandai suka terlibat rasuah orang bodo tak kesah

    ReplyDelete
  4. JOM KAYA !!!!!

    Tipu Rakyat lah baru boleh kaya....

    ReplyDelete
  5. Yg kena tu yg rendah ja.. Leftenan komander tu baru mejar le kat darat... Gred 44 baru... So yg kat atas tu dok goyang punggong aja ke... Kenapa yg berlaku tu xdisabit sekali dgn sisitem pemerentahn kat atas... Anatara PtL , menteri pertahanan dan juga setiausahanay... Semua diam kekenyangan... Tapi hakiakt di depan Allah anati boleh le kita tgk tegk nanti...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa