Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 19, 2015

Inilah masalahnya menjadi ahli pada parti berkepala haruan berekor ular

PKR siasat Adun Guchil sokong hudud Kelantan atau tidak
Published: 19 March 2015 4:00 PM
Ahli Dewan Undangan Negeri Guchil Mohamad Roslan Puteh ketika di luar Dewan Undangan Negeri pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2015.

PKR akan menyiasat sama ada wakil tunggal mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan turut serta mengundi dalam meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hari ini, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata, pihaknya sudah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil Mohamad Roslan Puteh supaya tidak terlibat dalam proses berkenaan kerana ia bertentangan dengan pendirian parti.
“Kami mengarahkan Adun kami untuk tidak berada di sana dan tidak mengambil bahagian.
“Beliau tidak ada di sana semalam, tapi kami sedang memeriksa sama ada beliau ada di sana hari ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
DUN Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) selepas seramai 44 Adun sebulat suara menyokong pindaan berkenaan.
Daripada jumlah itu, seramai 12 Adun mewakili Barisan Nasional (BN), 31 Adun PAS dan Roslan daripada PKR.
PKR dalam satu kenyataan rasmi hari ini kesal dengan tindakan PAS yang tidak menghormati muafakat Pakatan Rakyat (PR) apabila membentangkan dan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan DUN Kelantan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Presiden PKR itu berkata, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu mengenai rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan 4 perkara ke atas enakmen yang diluluskan pada 1993.
Namun, draf pindaan itu sehingga minggu lalu tidak diterima PKR, malah draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan 4 perkara seperti yang dimaklumkan Amar tetapi pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat.
Katanya, walaupun kandungannya tidak banyak berbeza daripada enakmen asal pada 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat pada 2011 mengenai pelaksanaan hudud.
"Oleh itu PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat PR pada 8 Februari lalu tidak dihormati dan sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai pada 2011 mengenai perkara ini.
"Sedang PKR menghormati hak dan pendirian kerajaan Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, lebih afdal jika Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini di peringkat PR," katanya dalam kenyataan, hari ini. – 19 Mac, 2015.

11 comments:

  1. Syabas adun Guchil kerana meletakkan dan mengutamakan syariat Allah SWT lebih dari arahan dan amaran oleh presiden PKR.

    Nanti kalau disiasat dan disoal oleh pimpinan PKR jawab la ini adalah tanggungjawab umat Islam, sebagai seorang pemimpin Islam saya tidak terdaya untuk melawan suruhan Allah SWT.

    Tanya Presiden PKR dan anak-anak beliau untuk apa beliau dan anak-anak beliau menutup aurat?




    ReplyDelete
  2. pemimpin2 Melayu dlm PKR lebih takutkan Cina DAP dr tuntutan Allah.
    Rupa paras dan nama macam Melayu, tapi cita rasa macam Cina

    ReplyDelete
  3. Elok lah tu dulu semasa kes TSK MB Selangor dalam krisis Presiden PAS kata DSWAI tak layak untuk jadi MB Selangor dan berkesudahan dengan memberi nama lain pada Sultan dan perlekeh pula kewibawaan seorang presiden pari yang PAS sendiri bergabung dan sekarang giliran DSWAI pula menempelak orang kanan presiden PAS yang mungkir kata dalam persetujuan bersama semasa perbincangan presiden PR,apakah PR akan hancur selepas ini gara-gara kerenah PAS yang menganggap PAS telah mendapat sokongan dari semua pengundi yang menolak UMNO/BN atau PAS dengan kuncu-kuncu mereka yang sedang berusaha untuk bergabung pula dengan UMNO untuk menentang PR gabungan PKR dan DAP atau ada lain parti pula yang akan mengambil alih tempat PAS.Kita tunggu dan lihat pada PRU14 nanti siapa yang akan hilang kerusi yang dimiliki dan besar kemungkinan jika pAS bertanding disemua kerusi DUN?Parlemen mereka akan kehilangan separuh dari apa yang telah mereka miliki sekaran tidak mustahil.

    ReplyDelete
  4. PKR tidak salah.

    PKR tidak mahu mungkir janji dan jadi munsfik.


    Kehidupan adalah maruah dan tanggungjawab

    Jika Ulamak tapi sikap munafik pasti gagal mengembsng ajaran Nabi SAW


    Bila pemimpin giler hudud itu sendiri munafik , apakah hudud dapat mengembang ajaran Nabi SAW ?

    ReplyDelete
  5. aku skong pkr tp bila kak wan x setuju dgn pas atas isu hudud hilang hormat aku pada kak wan dan bro anuar. nampak mcm jg kepentingan diri berbanding kepentingan islam. sayonara pkr.

    ReplyDelete
  6. Apa yang dibuat oleh PKR terhadap ahli nya adalah serupa yang dilakukan oleh PAS terhadap ahli nya ketika menyokong Wan Azizah jadi MB Selangor.

    Dalam Pakatan Rakyat mereka guna slogan..... bersetuju untuk tidak bersetuju.

    Apa masaalah kamu... jika ada orang jadi ahli pada parti berkepala haruan berekor ular ?

    ReplyDelete
  7. walau apapun orang Islam pr tang lain nampak ok tapi bila mai bab ni depa nak jual akidah dengan alasan pendirian parti ini tetap tidak betoi kerana sebagai orang Islam yang benar imanya
    apa saja yang baik untuk ugama mesti disokong tarak istilah nanti dulu
    apa guna hidup 1000 tahun pun kalau hukum Allah bila ada kuasa tak mau tegak
    Allah nak uji sapa yang betoi imannya
    duk cerita bab pr yang omno pun satu hal lagi kuasa yang Allah bagi pinjam sekejap tak jugak digunakan untuk lakasana hukum hukum Allah
    terengganu bila lagi

    ReplyDelete
  8. PRU 14 jgn mimpi nak tawan Putrajaya, PKR dan PR hanya tinggal nama aje

    ReplyDelete
  9. Dengan hudud , masok GST

    Yang paling Bahalol adalah Orang2 Melayu malas miskin papa kedana

    Gila kan Hudud tapi perut mentedarah rasuah , sholat waktu ilut mood pulak


    Kan Melayu semua tu.

    ReplyDelete
  10. Anon 350pm, ......dan termasuklah kau, entah2 solat pun tak...

    ReplyDelete
  11. saya menyokong hudud didaulatkan tapi bukan pas yang memimpin keranaa pemimpin pas sekarang bangang, umno mempunyai ramai bijakpandai dan telah menyokong hudud dan turut sama memperjuangkaan hudud jadi selayaknya umno yang meemimpin untuk melaksanakan hudud oleh itu saya akan mengundi imno pada pilihanraya akan datang, hidup hudud hidup umno

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa