Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, March 30, 2015

Pota: Jelmaan ISA?

Akta antikeganasan baru benarkan tahan ala ISA
mk - 12:33PM - 30 Mar 2015

Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) mengandungi peruntukan penahanan terus tanpa perbicaraan yang tidak bolah dicabar di mahkamah.

Suspek boleh ditahan sehingga 59 hari sebelum dibawa Lembaga Pencegahan Keganasan yang mana boleh dikenakan hukuman penahanan selema dua tahun.

Ekoran itu juga, tempoh penahanan juga boleh diperbaharui.

Bagaimanapun, lembaga itu mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada penahanan itu mempunyai asas dan mengarahkan individu itu dibebaskan jika perlu.

Akta itu juga mencegah penahanan daripada mengganggu mahkamah dengan matlamat untuk membuat permohonan semakan kehakiman atau habeas corpus.

Ahli lembaga terdiri darpada pengerusi, timbalan pengerusi dan antara tiga hingga enam menjadi anggota lembaga, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berkhidmat selama tiga tahun.

Pengerusi memerlukan kelayakan undang-undang dan sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman di lapangan tetapi tidak memperincikan kriteria bagi anggota yang lain.

Rang undang-undang berkenaan dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa