Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 28, 2015

Najib menguji nafsu dan minda Tok Lebai?

Soalnya adakah dari segi moralnya PAS sudang terpancing atau akan terpancing?
Nampknya Husam menyindir kedua-dua pihak!

Hudud: Najib mahu pancing PAS – Husam
 | March 28, 2015
Rakyat sudah tidak mahu melihat siapa yang bergaduh, tetapi rakyat mahu lihat siapa yang pandai selesaikan masalah.
husam najib
SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih berdiam diri mengenai perlaksanaan Hudud di Kelantan sebenarnya menimbulkan pandangan negatif rakyat terhadap beliau.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mendakwa, “Lambat Najib beri maklum balas, rakyat akan membaca Perdana Menteri ada agenda politik untuk memancing PAS bersama Barisan Nasional (BN)”.
Jelas Husam, tindakan Perdana Menteri berdiam diri sehingga sekarang jelas menunjukkan beliau dalam dilema untuk berdepan dengan rakan parti komponan BN yang lain mengenai pendirian UMNO dalam isu Hudud.
“Rakyat sudah tidak mahu melihat siapa tang bergaduh dengan siapa tetapi mereka mahu lihat siapa yang pandai selesaikan masalah ini,” jelas Husam.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, rang undang-undang (RUU) persendiran yang bakal dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen sebenarnya untuk menerangkan kepada Dewan Rakyat tentang had hukuman sebenar yang akan dikenakan.
Katanya, kesalahan jenayah yang boleh dihukum di bawah enakmen jenayah syariah yang telah dibentangkan di DUN Kelantan ialah atas kesalah Zina, minum arak, Qazaf (hukuman menuduh seseorang melakukan zina).
“Tidak semua dalam enakmen itu dapat dilaksanakan apabila Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dipinda (di Parlimen). Kerana hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum awam di Shah Alam malam tadi.

9 comments:

  1. Husam bukan pandai sangat,Tuan Hj Hadi lagi bijak mengatur stratiji nak hancurkan Umno,tunggulah kalau tak percaya,Sudah banyak kejayaan yang telah dicapai ketika Hj hadi menjadi Peminpin Kanan,Husam tak payahlh beri komen.Hj Hadi serta pengikut ulmaknya lebih faham tentnag ilmu Fejah,hadis,mantiq,nahu,tajwid,tauhid,tamrin,kiraah,taranum,khat dan macam2 lagi,Husam tahu ap? takda apa,kan hebat Hj Hadi ni,sudahlh husam.lebih baik tidur dari berkata.kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  2. klau tak siarkan komen orang,tolong jangan bagi ruang komen

    ReplyDelete
  3. Anon 6:40 PM

    Ruangan komen saya terbuka dan saya tidak pernah tidak publish sekiranya tidak ada caci maki dan hal-hal sensitif keselamatan. Tapi kalau google yang spam tak tahulah. Kekadang ada juga saya cek kat google.

    Tapi pelik juga ramai komen-komen yang boleh lepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe.
      tAk usah amik pusing ar siar ker tak siar..
      Komen pon tanpa nama..
      lagi pon bkn dia yg bertanggungjwb kalo ape2 yg salah dr segi undang2.
      sy pon x kisah kalo abe tak siar komen sy kalu ia tak kena dr pandangan abe...
      biasanya ia hanya dilakukan oleh mereka2 yg nak jatuhkan integriti sesorg jer buat mcm tu.
      sekurang2nya sertakanlah bukti...


      Delete
  4. Memg hj haji pandai agama tetapi belum tentu pandai aepak terajang politik... Kalau tak pas xle plk tewas d teganu dan kedah semasa tok hadi jd presideng... Pikir le sikit... Xsemua ulamak tu umarak.., setkat ni kat malaysia cuma fadil noor dan tgna aja pemimpin besar yg mereka ulamak dan juga umarak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yg kita puji panggil umarak/ulamak tu sebab dia x wat hal ngan parti kita..kalo yg wat hal ngan parti kita silap2 adik beradik sendiri pun putus bhai demi politik demokrasi bhai hehe..

      pendek cite gini..
      -kalo raja wat hal ngan parti kita bermakna dia sbnrnya x layak jadi raja...

      ape parti pun amal benda yg sama..
      meh bawak keluar 1 nama parti yg x amal benda ni meh kongsi2kan..

      Delete
  5. Sapa kata Hj Hadi ulamak? Mengikut firasat hamno saya, ulamak sebenar dlm Pas ialah 2 Din......din ayam dan din welpayar. Nkorang jangan main2 ini orang.......kerana bukan ulamak lah Mat sabu, Dr. hatta Ramli dan ramai lagi keluar masuk reman polis. Pesoalanya, Tak kan martabat ulamak dgn PIL KUDA, sedangkan ilmu nahu mantik dan bayan nya yg hmmm 'terpisah'. Bertentangan dgn kesah 2Din ni yg naik martabat kewalian kerana PIL kanun jenayah syariah yg di katakan Hudud.. Tapi kalau di amati tiada keselarian dr sudut akhlak antara PIL KUDA dan PIL KJS.......kesimpulanya pikir2 lah nak bagi status ulamak tu.......jangan taksub! Tiada hudud dalam dunia harini dilaksanakan melalui bersekongkol dgn pemerintah........oleh itu bangunlah wahai ulamak bersama2 kami RAKYAT MARHEIN di SOGO.......JANGAN TAKBUR DGN ILMU KAMU KERANA, IBLIS PUN ULAMAK JUGA SUATU MASA DULU! Ini adalah hakikatnya TAKBUR!
    Wasalam wrt. AbooTarbus

    ReplyDelete
  6. Pakai nampaknya, Najib yg akan memenangi dlm perjuangan isu hudud ini.

    Alternatif 1: RUU hudud dibentang dan dibuat pengundian, natijahnya tidak dapat diluluskan, so TGHH dah kena main.

    Alternatif 2: RUU hudud tidak sempat dibentangkan. So TGHH juga dah kena main

    Alternatif 3: RUU hudud dibentangkan dan dibuat pengundian, natijahnya cukup undian dan lulus, tapi itu hanya dlm mimpi. So TGHH memang nak kena kencing!

    Alternatif 4: Operasi lalang, apa lagi...dimandi kencinglah!

    Itulah, siapa suruh berkerjasama dgn musuh.

    ReplyDelete
  7. PAS Bshalol tapi UMNO bukan benggap

    PAS pasti gagal sebenar nya kerana tak pernah maju ksya ber gaya

    Husam boleh bawa kemajuan dalam PAS yang buta mata hati tetapi tak buta nafsu

    Bahslol saja

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa