Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 27, 2015

Adakah Ahli PAS akan akur tekanan LGE?

Putus kerjasama dengan PAS helah DAP campuri urusan - PAS Terengganu
Bernama |Kemas kini:Mac 27, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 27, 2015 10:06 MYT)

Putus kerjasama dengan PAS helah DAP campuri urusan - PAS Terengganu
Gambar fail anggota PAS menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap DAP
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menyifatkan keputusan DAP untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah satu helah untuk campur tangan dalam kepimpinan PAS selain isu hudud.

Pesuruhjayanya Satiful Bahri Mamat berkata tindakan itu dilihat seolah-olah cuba menjatuhkan kepimpinan Abdul Hadi sepertimana terdapat cubaan untuk menyingkirkan tokoh itu daripada kepimpinan ulama PAS akhir-akhir ini.

Malah kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Presiden PAS itu sebagai pembohong adalah keterlaluan dan bercanggah dengan akhlak Presiden PAS yang memimpin satu gerakan Islam yang mempunyai sejuta anggota, katanya.

"Mungkin perkara yang dilakukan Lim Guan Eng adalah satu isyarat kepada campur tangan DAP dalam PAS apatah lagi sejak mutakhir ini terdapat cubaan untuk menyingkirkan tuan guru Abdul Hadi Awang dari kepimpinan PAS.

"Kenyataan itu adalah melampau dan celupar kerana menampakkan seolah-olah presiden (Abdul Hadi Awang) seorang yang tidak beretika," katanya kepada Bernama semalam.

Satiful Bahri berkata tindakan itu hanya akan merugikan dan memberi impak buruk kepada DAP yang akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu kerana penentangan terhadap hudud dan penghinaan terhadap presiden PAS.


# Ini bukan helah tetapi tektik menekan Ahli PAS supaya menukar Hadi kepada tokoh yang boleh dibawa berbincang! - tokoh yang bukan jenis kluk-klek!

9 comments:

  1. Sekali baca tadi ingatkan Saiful Bahari, apa halnya dia ni menyibuk pula? Baca kali kedua barulah perasan bahawa nama itu adalah Satiful Bahri. Macam nak sama saja bunyinya.

    ReplyDelete
  2. Ahli PAS hanya akur dan taat pada Presiden, yang akur dengan LGE itu bukan ahli PAS tapi itu adalah ahli PasMa.

    ReplyDelete
  3. Ddlm pntadbiran LGE di p.pinang yg dituduh KAFIR & makan babi itu..

    W.pon dia bukan ISLAM ttpi LGE berani mletakkan garis2-batas2-HAD2-@HUDUD trhdp dirinya & EXCO2nya agar mngISTIHARkan HARTA milik mrk..mrk semua disuloh-CAHAYA-audit-ygTERANG agar TIADA & TIADA niat-MEREMBAT hak AWAM/rkyat!

    LGE tak sibuk2 pon sebut pasal HUDUD ttpi dia trlebih dulu tlh pon ISTIQOMAH mletakkan garis2-sepadan2-batas2-HAD2-@HUDUD keatas dirinya trlebih dahulu ddlm soal HARTA agar tiada ssiapa yg BERANI mlanggar aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD-undang2 yg beliau tlh ISTIHARkan itu agar diri nya & exco2nya sentisa disuloh CAHAYA agar tidak mudah-KELEPET duit rkyat!

    Nota:
    Definasi HUDUD yg dtg dr sebutan HAD-batas-aturan, sgt MUDAH itu

    Aturan-batas-HAD = singular
    Aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD = plural



    TETAPI..
    Kpd silebai fakeh mrk mudah2 boleh dpt ESOS ratus2 ribu serta ddlm gelap merembat-BALAK sampai gondol dan abis "BANJIR-balak" negeri KERANA mrk mlanggar aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD garis panduan krajaan negeri tanpa sbarang ktegasan & juga SENYAP tanpa sbarang tindakan!

    SEOLAH-OLAH sifakeh2 itu..
    Mrk yg konon2 FAKEHseolah2 melolong mnjerit2 serta MERAUNG2 hendak2 sgt kpd HUDUD...ttpi mrk dgn terang2-MELANGGAR aturan2-garis2-sempadan2-batas2-HAD2-@HUDUD dinegeri mrk ATAU pd diri mrk sendiri!



    TERANG & MUDAH

    Alangkah MUDAH-TERANG nya CAHAYA mnyuloh erti/MAKNA/definasi HUDUD itu yg sifakeh2 itu cuba putar & GELAPkan dgn akal KEMETOT serta KEBODOHAN mrk sendiri..

    Tuan2 & puan2 pikior2 ler sndiri..

    aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD..adakah erti/MAKNA/definasi yg lain slain drp itu kpd makna-HUDUD??

    PIKIOR dgn MUDAH..
    1) Mrk langgar batas2-HAD2-@HUDUD ddlm JANJI dan prjanjian! BUKAN kah itu bermakna bhw mrk tlh mlanggar hududu'LLAH dikalangan ssama mnusia yg TIDAK pernah dlanggar oleh nabi SAW hatta JANJI trhdp musuh/Yahudi skalipon!

    2) Mrk langgar batas2-HAD2-@HUDUD dgn brbuat-FITNAH!! BUKAN kah ini juga terang2 mnunjukkan bhw mrk tlh dgn JAHAT mlanggar hududu'LLAH??

    Firman..
    "FITNAH itu lebih besar dosanya drp mmBUNUH"---dan FITNAH mrk kesluruh donia tuu!

    I rest my case my'GOD...peace

    ReplyDelete
  4. Kafir tetap kafir, PAS bertambah kukuh dibawah TGHH. Allahuakhbar.

    ReplyDelete
  5. Kukuh apanya di bawah hadi awe dan penjilat ug pas makin kacau bilau
    Mamat ni layak ke lagi jadi presiden?

    ReplyDelete
  6. Lebih banyak layaknya kalau nak dibandingkan dengan LGE. Tuan Guru berpolitik sambil berdakwah, LGE hanya berpolitik, kalau LGE nak berdakwah kena jadi sami dulu.

    ReplyDelete
  7. hehe...tuang guru berpolitik sambil berdakwah.....hehe..hoho....dakwah sapa tu? ...dah berapa juta kafir masok Islam? ...dah berapa ramai Melayu pulang ke pangkal.....? ...
    Cuba hitong bslik berspa kafir benci tak catakan Islam....berapa rsmai Melayu yg fedup dgn serban...
    Jgn le wala tak guna aqal....

    ReplyDelete
  8. otoote,

    Anda telah ketinggalan keretapi yg akan dinaikkan tambangnya tidak lama lagi. Anda seharusnya sedar bahawa tuang guru itu memang berdakwah dgn cara melabelkan ahli partinya sendiri sebagai barua, broker, jebon dsb. Dakwah kpd bukan ahli partinya adalah dgn membuat fitnah pil kuda dan kominis. Manakala dikalangan penyokong pula adalah dgn selalu buat keputusan u-turn, kluk klek, ponteng mesyuarat majlis presideng dll. Dipendekkan cerita, ada banyak lagi kaedah dakwah yg telah dilakukan, termasuklah mempromosi perpecahan sesama komponen parti demi untuk tinggal sekelambu dgn musuh. Bukankah cantik cara dakwahnya itu?

    ReplyDelete
  9. Apa yang anda perkatakan itu hanyalah luahan hati seorang yang kecewa dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang berpresidenkan TGHH.

    Anda boleh berkata apa saja seiring dan senada dengan DAP, bagi kami itu semua umpama kemuncup yang melekat dan begitu senang dicabut.

    Hidayat itu milik Allah, manusia hanya berdakwah mengikut apa yang disuruh bukan saja kepada kafir sebaliknya menjadi keutamaan kepada sesama muslim yang perlukan pengetahuan yang mendalam tentang kesucian Islam.

    Yang pasti kalau anda nak perhalusi Islam carilah TGHH jangan cari LGE.





    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa