Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 17, 2015

Double standardkah: "#Merah169" Suhakam mahu tindakan diambil tetapi pakai baju bersih 4 telah pun disiasat

Tindakan undang-undang perlu diambil terhadap himpunan ‘baju merah’, kata Suhakam
TMI - Published: 17 September 2015 5:48 PM
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, kekecohan berlaku berikutan sekumpulan peserta bertindak merempuh garis sekatan polis dalam usaha mereka untuk memasuki beberapa kawasan larangan sekitar Kuala Lumpur seperti yang dipersetujui antara penganjur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2015.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini kecewa dengan perhimpunan "#Merah169" atau Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung semalam kerana berlangsung secara tidak aman, kata Tan Sri Hasmy Agam.
Pengerusi Suhakam itu berkata, insiden itu berlaku berikutan sekumpulan peserta bertindak merempuh garis sekatan polis dalam usaha mereka untuk memasuki beberapa kawasan larangan sekitar Kuala Lumpur seperti yang dipersetujui antara penganjur dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hasmy mencadangkan supaya tindakan undang-undang yang sewajarnya mesti diambil.
"Suruhanjaya juga bimbang dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan konfrontasi daripada beberapa peserta yang bertindak menghasut apabila membawa sepanduk dengan sentimen perkauman serta mengeluarkan slogan yang menggalakkan kebencian kaum dan agama dalam masyarakat Malaysia yang sekular dan berbilang agama. 
"Suruhanjaya berpendapat, tingkah laku sebegini merupakan provokasi keganasan yang sengaja, malah tidak boleh dibiarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut memberi amaran perhimpunan seperti itu sepatutnya bersifat aman supaya ia dilindungi  undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, dan mengulangi sekiranya terdapat kelakuan yang bertentangan pada mana-mana keadaan semasa perhimpunan aman, perlindungan boleh dilucutkan.
"Suruhanjaya mengingatkan semua pihak bahawa untuk menggalakkan perkembangan demokrasi, hak asasi rakyat perlu dijamin, termasuk hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun, sebagai satu cara untuk mempengaruhi, antara lain, dasar-dasar awam. 
"Bagaimanapun, hak untuk berhimpun secara aman bukan alasan untuk mencetuskan keganasan yang hanya akan menyebabkan satu penghinaan terhadap konsep perhimpunan aman," katanya.
Sementara itu, beliau memuji dan mengiktiraf perkembangan positif dengan tindakan PDRM dalam mengendali dan menguruskan perhimpunan awam tersebut.
"Suruhanjaya berpendapat, ini harus dipuji dan diiktiraf sebagai amalan yang terbaik dan harus kekal konsisten dalam mana-mana perhimpunan aman pada masa hadapan," katanya. – 17 September, 2015.

Ambiga, pemimpin PKR disiasat kerana pakai baju-T Bersih 4 
Published: 17 September 2015 5:02 PM
Bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama-sama Ahli Parlimen Kapar G Manivanan dan Exco Selangor Elizabeth Wong hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagi memberi keterangan berhubung siasatan kerana memakai baju-T Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider Afif Abd Halim, 17 September, 2015.

Bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bersama-sama Ahli Parlimen Kapar G Manivanan dan Exco Selangor Elizabeth Wong disiasat polis kerana memakai baju-T Bersih 4. 
Kesemua mereka dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dengan ditemani Peguam Latheefa Koya. 
"Mereka disoal siasat kerana memakai baju-T Bersih 4, kerana ia merupakan larangan bawah di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan," kata Latheefa kepada pemberita selepas mereka selesai memberi keterangan. 
Beliau berkata, polis turut bertanyakan soalan berkenaan pendapat mereka terhadap himpunan "baju merah" yang berlangsung semalam di ibu negara. 
"Ada soalan yang bertanyakan mengenai pendapat mereka sama ada Bersih 4 berjaya, dan mereka tanya pendapat tentang himpinan baju merah," katanya. 
Sementara itu, Wong, berkata, soalan-soalan yang dikemukakan polis kepada mereka juga tidak masuk akal. 
"Soalan-soalan mereka tidak masuk akal, kami disiasat hanya kerana baju-T. Mereka tanya mengenai himpunan baju merah. Ini cara untuk menekak aktivis, termasuk ahli politik," katanya. 
"Isunya bukan baju kuning atau merah tapi makna sebenar Bersih4, dan isu yang diperjuangkan Bersih," katanya. 
Ambiga berkata, pihaknya kini sedang berbincang dengan peguam bagi mencabar keputusan kerajaan berkenaan larangan memakai baju-T tersebut. 
"Saya akan cabar untuk kegilaan ini dihentikan," kata Ambiga. 
Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 8 akta tersebut. – 17 September, 2015.

3 comments:

  1. Hasmy Agam ini professional orang nya

    Terbaik ber banding golongan kawanan Mat Mongol bila bila saja.

    ReplyDelete
  2. lembu ada jugak gunanya
    manusia kalau macam lombu banyak menyusahkan orang

    ReplyDelete
  3. Tak kisah la nk ckp apapun...yg penting tindakan pihak brkuasa dn fru mmg terbaikkk.! Kihkih

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa