Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 9, 2012

Ooh.. Bukan Empangan Pecah Rupanya!

Hujan lebat akibatkan banjir kilat di Lembah Klang
Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.


NONEJurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.


Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.


"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya.


NONEJurucakap itu berkata tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang dalam kejadian 9 malam itu.


Tinjauan juga mendapati berlaku gelinciran tanah di kawasan tinggi namun pergerakan tanah tidak menjejaskan kawasan apartmen berkenaan.


Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.


Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.


NONEDi Ampang, hampir 400 penduduk dari dua kampung dipindahkan malam semalam apabila rumah mereka yang rata-rata terletak berhampiran sungai dinaiki air.


Banjir berikutan hujan lebat di Lembah Klang petang semalam turut menyebabkan beberapa rumah di tebing sungai kawasan itu dihanyutkan.


Dua kampung terlibat ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga membabitkan 150 rumah.

- mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa