Tapi tidak gentleman sebagaimana Najib
Masih menyalahkan orang lain
Lawyer tak pandai belit
Tipunya terang terkangkang!
January 14, 2013
KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Menteri Dalam Negeri hari ini menyalahkan huru-hara yang berlaku ketika perhimpunan Bersih tahun lalu kerana pihak penganjur enggan menerima tawaran kerajaan untuk melangsungkan program di stadium.
Datuk Seri Hishamuddin Hussein (gambar) hari ini ditanya tentang perhimpunan Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata pihak berkuasa tidak menghalang perhimpunan, tetapi seharusnya “berhubung” sebelum melangsungkannya.
“Bila stadium ditawar dan stadium ditolak dan memang ada niat mengempurkan dalam insiden tertentu, itu jadi pengajaran kepada kita yang tidak boleh diulangi,” Hishammuddin berkata dalam satu sidang media.
“The last one Bersih, for example, they refused the stadium...at the end of the day, lihatlah apa yang berlaku. Ini satu pengajaran kepada semua pihak...” beliau kemudian mengulangi, dan kali ini membuat rujukan yang terang kepada perhimpunan Bersih untuk reformasi pilihan raya pada tahun lalu.
Pada 28 April tahun lalu, Bersih 2.0 mengatakan mahu menganjurkan perhimpunan ketiganya di Dataran Merdeka, tetapi polis menerima arahan mahkamah menghalang orang ramai dari memasuki dataran bersejarah itu.
Kerajaan juga menawarkan penganjur tempat alternatif seperti Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka, tetapi Bersih 2.0 menolak tawaran tersebut, dengan berkata terlalu lewat.
Dalam sidang media yang sama, Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah satu “lanskap baru”.
“Saya bersyukur sangat kerana tidak ada insiden yang tidak diingini. Sekiranya semua bertanggungjawab, bersetuju dengan stadium yang ditetapkan, dalam perjalanan ke stadium tidak ada provokasi, saya percaya apa yang kita lihat pada hari Sabtu adalah satu landskap yang baru.”
Apabila ditanya tentang tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melaung “Merdeka” di perhimpunan di Stadium Merdeka pada hari Sabtu, beliau berkata, “Itu terserah kepada dia. Setakat ini tidak jejas keselamatan.”
Tetapi pemimpin Umno itu mengkritik Anwar yang didakwa mengarahkan untuk merempuh halangan di Dataran Merdeka tahun lalu.
“Tetapi sebelum ini, beliau merempuh Dataran Merdeka yang tidak dibenarkan, dalam keadaan yang sengaja nak wujudkan huru-hara, pihak berkuasa khususnya polis terpaksa ambil tindakan.
“Tetapi sekiranya berjalan dengan lancar, nak teriak, nak jerit, satu pagi satu malam di stadium, kalau tidak jejas keselamatan negara, tengoklah kita boleh ada situasi 'win-win' kerana itu memberi ruang untuk mereka luahkan,” katanya.
Beliau juga berkata perhimpunan tersebut mewakili “minoriti”, berbanding dengan “majoriti” oleh penduduk negara berjumlah 28 juta orang.
nak cakap apa pun,cakap laa. . . cakap pun dah macam tin kosong.minoriti kata nya?kalau nak tahu,majoriti rakyat sekarang dah menyampah dengan kerajaan sekarang.tolong selami hati rakyat sekarang.FAHAM? ? ?
ReplyDeleteAnon 1:44 AM
ReplyDeleteNak tahu minoriti atau majoritinya, bubar parlimen dan pilihanraya akan menentukannya!