Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 4, 2013

Tak Faham Bahasa Atau Sewel?

Dia tak faham bahasa atau sewel?
Guan Eng meminta supaya di Semenanjung di benarkan menggunakan perkataan 'Allah' sebagaimana di Malaysia Timur
Maknanya di semenanjung masih belum digunakan lagi!

Pas tu nak dakwa di bawah undang-undang syariah di negeri mana?
Di Sabah dan Sarawak mereka dah menggunakannya berpuluh tahun.
Kenapa tak ada siapa pun dakwa? 

Satu lagi Sabah dan Sarawak tu di bawah perintah sape?
Bukankah BN dan UMNO yang menjadi kerajaan?
Kalau sewel tu janganlah kerata sangat tunjuk kat orang! 

Perkasa: Mungkin boleh dakwa Guan Eng melalui enakmen syariah

Jamilah Kamarudin
 | January 4, 2013

Telah wujud satu enakmen yang digubal pada tahun 1988 melarang mana-mana individu bukan Islam menggunakan kalimah 'Allah'.







KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkemungkinan boleh didakwa dan dikenakan hukuman dibawah enakmen negeri kerana menggunakan perkataan ‘Allah’, kata Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.
Beliau  berkata, telah wujud satu enakmen yang digubal pada tahun 1988 melarang mana-mana individu bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’.
Katanya, enakmen yang dikuatkuasakan sejak tahun 1990 dan diguna pakai dikebanyakan negeri yang mempunyai Raja Melayu itu terletak dibawah kuasa Jabatan Agama Islam negeri.
“Enakmen itu memperuntukkan kalimah ‘Allah’ tidak boleh diguna mana-mana pihak kecuali orang Islam.
“Menjadi satu kesalahan bagi individu yang melanggar peruntukan ini dan mereka boleh didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Sivil,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu merujuk kepada kenyataan Guan Eng dalam ucapan sambutan Krismas 25 Disember lalu yang mahu penganut Kristian di Semenanjung dibenarkan menggunakan perkataan ‘Allah’ sama seperti di Sabah dan Sarawak.
Ibrahim bagaimanapun berkata pihaknya kecewa kerana kerajaan negeri tidak tegas menangani isu pertikaian kalimah ‘Allah’ menggunakan undang-undang sedia ada kerana bimbang nama baik Islam akan tercemar jika dibiarkan berpanjangan.
“Perkasa menggesa Jabatan Agama ambil tindakan dan pantau bagi memastikan hubungan antara kaum tak terjejas,” katanya.
Ibrahim turut mencadangkan supaya satu tribunal diraja di bawah kelolaan Majlis Raja-Raja  ditubuhkan bagi menangani isu akidah umat Islam.
Turut baca:

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa