Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 3, 2013

Apa Kena Mamak Ni?

Yang bangangnya dia terlupa semasa krisis UMNO 
Semasa itu adakah Setiausaha UMNO letak jawatan?
Adakah Presiden UMNO letak jawatan?
Adakah presiden UMNO selaku PM letak jawatan?
KMPP Desak Guan Eng Letak Jawatan
Rahmad Isahak
GEORGE TOWN: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan berikutan krisis politik dalaman parti itu.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata Lim sepatutnya mengundur diri kerana gagal melaksanakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) secara adil, jujur dan telus.
"Tanpa ragu-ragu, Lim adalah liabiliti kepada parti. Polisi CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) perlu bermula dari dalam parti.
"Jika anda tidak melaksanakan CAT di dalam parti anda sendiri, bagaimana anda mahu ia dilaksanakan di dalam kerajaan negeri.
"Lim sepatutnya berbudi-bahasa dan adil kepada semua ahli DAP dengan meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti itu," kata Rahmad pada sidang media di Hotel Traders, Pulau Pinang pada Sabtu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa