Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 6, 2013

Berita Malang Dari Pattani

Selasa Ogos 6, 2013
Imam Besar Masjid Jamek Pattani Dibunuh

    PATTANI: Usaha mencari keamanan di selatan Thai menerima satu lagi tamparan selepas pemimpin agama berpengaruh, Yakub Raimani iaitu Imam Besar Masjid Jamek Pattani, dibunuh pada Isnin.

    Beliau maut di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di kepala ketika membeli makanan berbuka puasa di pasar Ramadan di pekan Pattani kira-kira 4.30 petang waktu tempatan.

    Menurut Ketua Polis Daerah Pattani Kolonel Polis Tuandir Jutanon ini adalah kali kedua Yakub ditembak.

    Dalam kejadian pertama pada 2011 yang berlaku di hadapan rumah, mangsa hampir maut, katanya.

    Imam Yakub antara pemimpin agama yang memberi kerjasama baik kepada kerajaan Thailand dalam usaha menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara itu. - sumber

    10 Cedera Dalam Serangan Bom di Pattani & Yala

      YALA: Lima anggota tentera dengan dua daripadanya parah adalah antara 10 orang yang cedera dalam serangan bom di Yala dan Pattani di selatan Thai pada Isnin.
      Dalam serangan pertama pada pukul 8.30 pagi di Kampung Lamda, Yupo, daerah Muang Yala, tujuh anggota tentera yang sedang meronda dikejutkan dengan letupan bom yang diletakkan di dalam kotak besi.
      Ketua Polis Daerah Muang Yala Kolonel Polis Pacharapol Na Nakorn berkata bom buatan sendiri seberat lima kilogram itu diaktifkan dengan walkie-talkie.
      Polis percaya serangan itu didalangi seorang anggota pemisah bernama Kariya Salleh yang aktif di kawasan Yupo, katanya.
      Dalam kejadian di Pattani, lima orang awam cedera apabila sebutir bom tangan M67 dilontar ke dalam sebuah kedai makan di pekan Mayo.
      Menurut Ketua Polis Daerah Mayo Kolonel Polis Kon-art Suwannakorn kejadian berlaku pukul 1.30 petang ketika orang ramai sedang makan tengah hari.
      Selain itu polis turut turut menahan dua lelaki yang memiliki bom tangan jenis M67 ketika mereka memasuki pekan Pattani, kata Ketua Polis Wilayah Pattani Mejar Jeneral Polis Akkapop Prasitwattanchai.
      Pada masa yang sama, pihak keselamatan di selatan Thai kini dalam keadaan berjaga-jaga serta mempertingkatkan kawalan susulan maklumat risikan bahawa akan berlaku lebih banyak serangan pada hari-hari terakhir Ramadan.

      No comments:

      Post a Comment

      Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa