Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 8, 2013

Cerita Anjing Dan Hukum

Oleh kerana sekarang panas dengan isu anjing
Rasanya bagus juga dipaparkan kisah anjing dan pandangan Ulama dulu

Kisah Raja Kelantan dan anjing peliharaan
Perbahasan mengenai anjing bukan sekarang, malahan lama dulu tahun 1930an lagi. Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa. Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :


Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Perbahasan penuh isu ini pada ketika itu di http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf
- sumber

4 comments:

  1. Salam Mountdweller

    Soalnya pelihara anjing atau raya dengan anjing? Tapi bagi Yong, I keep an open mind. Bekas seorang menteri Yong kenal memelihara anjing untuk menjaga keselamatan premise rumahnya. Yong kenal seorang penternak kambing memelihara beberapa ekor anjing untuk mengawal keselamatan kambing2nya. Jadi, apa masalah?

    Kalau dah pelihara anjing, tentu rayapun dengan anjing.

    Yong pelihara kucing, ikan dan terapin. Yong raya dengan demer selain ahli keluarga manusia. Hahaha...

    Selamat Hari Raya, maaf zahir batin yob dan keluarga. Semoga sihat sentiasa. Amin!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ayahanda dgn perkongsian ini. Semoga ramai yang lebih berfikiran terbuka dalam soal anjing.

    ReplyDelete
  3. W'Salam Yong
    Selamat Menyambut Aidil fitri harap maaf mana-mana yang tersasul.

    Pada saya tak ada salahnya berjalan bersama anjing ketika takbir raya. Tapi malangnya, persepsi yang menjadikan dia bersalah!

    ReplyDelete
  4. Anakanda^-^ Kittun^-^

    Kerana ada segelintir manusia Islam yang tidak mendalami hukum dan punya paradigma tertutup menjadikan umum berpersepsi begitu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa