Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 5, 2013

Gila! Polis Dipenjara 624 Tahun Bunuh Tahanan

Ahad Ogos 4, 2013
25 Polis Brazil Dipenjara 624 Tahun Bunuh 52 Tahanan

SAO PAULO: Seramai 25 orang pegawai polis Brazil didapati bersalah atas kesalahan membunuh 52 orang tahanan semasa rusuhan di penjara Carandiru Sao Paulo pada tahun 1992.
Hakim Rodrigo Tellini de Aguirre Camargo mengarahkan setiap pegawai berkenaan dikenakan hukuman penjara selama 624 tahun, walaupun undang-undang Brazil mengehadkan hukuman penjara seseorang tidak boleh melebihi daripada 30 tahun.
Ini merupakan perbicaraan kali kedua bagi kes yang digelarkan sebagai pembunuhan beramai-ramai Carandiru itu, secara keseluruhannya seramai 111 tahanan meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa