Memang nampak siapa yang menaruh bara di bawah kuali
Mesti ada untung dan maksud tersembunyi
Paling kurang melaga-lagakan pemimpin PKR
Utusan Malaysia sokong Azmin bertanding presiden PKR
OLEH MD IZWAN
AUGUST 04, 2013
LATEST UPDATE: AUGUST 04, 2013 04:39 PM
Mohamed Azmin Ali hari ini disyorkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahadnya Mingguan Malaysia supaya bertanding jawatan Presiden PKR kerana dilihat mempunyai bakat untuk memimpin parti tersebut serta mengambil alih peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kolumnya, Awang Selamat mengatakan Timbalan Presiden PKR itu sebagai seorang pemimpin yang memiliki pengaruh besar dalam parti serta mampu memecah tembok kronisme dalam PKR.
"Azmin dilihat mampu membawa perubahan dan memecah kronisme dalam parti tersebut yang dikuasai oleh keluarga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Awang Selamat yang dipetik dalam Mingguan Malaysia hari ini."Menurut sumber dalaman, walaupun tidak dilantik sebagai Menteri Besar, pengaruh beliau dalam PKR makin kuat.
Selain itu, presiden sedia ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula digambarkan oleh Awang Selamat sebagai gagal melaksanakan tanggungjawab dan tidak lebih sebagai boneka kepada penasihat parti, Anwar yang juga adalah suaminya sendiri.
"Lebih-lebih lagi presiden sedia ada, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diketahui sebagai boneka dan pengurusan parti dicorakkan oleh suaminya, Anwar dan anaknya, Nurul Izzah selaku naib presiden.
"Maka molek sangat Wan Azizah menjadi isteri sepenuh masa dan menjaga serta mengiringi suaminya sepanjang masa bagi memulihkan imej mereka," tambahnya lagi.
Awang Selamat juga memuji Azmin kerana lebih bersikap rasional dan praktikal terutamanya apabila timbalan presiden PKR itu dilihat mempunyai pandangan lebih berbeza dengan Anwar yang lebih suka kepada perhimpunan haram.
Selepas pilihan raya 5 Mei lalu, Azmin secara terbuka menolak usaha menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan ataupun kekerasan sebaliknya insiatif dialog dan usaha sama tanpa kepartian diadakan bagi membincangkan pertikaian yang berlaku antara pemerintah dan pembangkang.
"Awang yakin Azmin mampu menjadi peneraju parti yang lebih berkesan.
"Malah pendekatan dan jurus pemikiran beliau lebih rasional berbanding Anwar... Dalam isu perhimpunan haram selepas PRU13 yang Anwar ghairah usahakan, Azmin tidak teragak-agak mengkritik bosnya secara terbuka," kata Awang lagi.
Media sebelum ini cuba menggambarkan Azmin dan Wan Azizah mempunyai perbezaan politik dan kehidupan peribadi.
Pertengkaran antara Azmin dan ahli keluarga Anwar diketahui oleh orang ramai sejak Azmin bertanding jawatan timbalan presiden parti.
Azmin juga mengkritik Anwar membabitkan isu perlantikan Menteri Besar Selangor kerana menurutnya tidak dilakukan secara konsensus menerusi persetujuan semua pihak.
PKR dijangkan mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun selepas mengumumkan keputusan untuk menangguhkannya memandangkan baru sahaja selesai menghadapi pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini. - 4 Ogos, 2013.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa