Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 3, 2013

Singapura Hanya Ambil Kesempatan Mengutuk Kita.....

Betulkah fakta mereka?
Seolah memburukkan imej kita dan menakut-nakutkan pelawat ke sini
Tapi mereka lupa yang rakyat Singapuralah yang ramai datang menghabiskan barangan subsidi kita
Pemandu mereka jugalah yang menjadi pelesit di Lebuhraya kita!

Khalid: Akhbar ‘The New Paper’ berniat jahat
August 3, 2013
Ketua Polis Negara juga menyarankan agar akhbar Singapura tersebut supaya menjaga hal ehwal negara sendiri.
KUALA LUMPUR: — Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.
Sebaliknya, Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.
“Ia adalah satu kenyataan jahat…eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.
Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Selamat datang ke Malaysia di mana…kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal’ yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).
Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa