Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 3, 2017

‘Datuk tua’ sudah insaf

Dr M ‘datuk tua’ sudah insaf, tak main wayang lagi, kata DAP

  | June 2, 2017
Lim Lip Eng berkata kesungguhan Dr Mahathir dapat dilihat apabila beliau bekerja keras menyakinkan rakyat agar menolak BN pada pilihan raya akan datang.
KUALA LUMPUR: DAP sudah mula menerima kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad selepas hampir setahun negarawan itu menyertai pembangkang melawan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kebanyakan pemimpin dan ahli DAP menyedari bekas perdana menteri itu sudah insaft dan tidak “bermain wayang” dengan Pakatan Harapan.
“Kita rasa masa sudah menunjukkan Dr Mahathir ini bukan buat wayang lagi, dia betul-betul ikhlas dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan.
“Dr Mahathir juga ada sebut beliau sudah insaf. Saya rasa kebanyakan walaupun bukan semua ahli dan penyokong DAP yang lawan Dr Mahathir sebelum ini tahu beliau sudah berubah, malah beliau juga tahu apa yang betul apa dan yang tak betul,” katanya ketika ditemui FMT di pejabat DAP Segambut hari ini.
Katanya kesungguhan Dr Mahathir dapat dilihat apabila beliau bekerja keras menyakinkan rakyat agar menolak BN pada pilihan raya akan datang.
“Mula-mula memang ada penyokong atau ahli DAP yang ragu tapi lepas hampir setahun, mereka sudah mula terima kehadiran Dr Mahathir sebab kita tengok seorang ‘datuk’ yang begitu tua – umur sudah 93 tahun – bertungkus lumus lari sana sini masuk Felda, buat perhimpunan dan ceramah di kampung dan kita rasa terharu dan tertarik dengan keikhlasan beliau.
“Bukan senang untuk seorang warga tua umur 93 tahun lari sana sini beri ceramah,” katanya.
14 Mac lalu, Dr Mahathir bersama pemimpin PPBM sebulat suara bersetuju untuk membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan.
Di bawah gabungan itu ia akan memudahkan proses pertandingan di bawah 1 logo, 1 manifesto, dan 1 calon bagi setiap kerusi yang mereka putuskan untuk bertanding.
Mengulas cadangan agar Dr Mahathir memegang semula jawatan perdana menteri, Lip Eng berkata DAP sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri dan tidak ada individu lain.
“Calon perdana menteri masih Anwar. Kita tetap dengan pendirian pucuk pimpinan DAP – kita pilih Anwar,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa