Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 2, 2017

SR fitnah lagi: Peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib? Anwar minta disiasat

Individu yang dituduh patut saman SR. 
Aku harap kali ni jangan diam......
Yang aku peliknya setelah sekian lama, kenapa sekarang baru SR timbulkan isu ini?

S'wak Report dakwa peguam kanan terima RM9.5 juta dari Najib
mk  -  1 Jun 2017, 8:21 malam
Laman web Sarawak Report hari ini mendakwa seorang peguam kanan terkenal menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan, laman web itu berkata, bahawa bayaran itu dibuat melalui akaun bank milik perdana menteri, yang menerima dana daripada syarikat milik negara, SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Ia berkata nombor akaun bank itu adalah sama yang dipaparkan dalam dokumen yang dipegang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila beliau ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah-laku dalam kes SRC International pada Januari tahun lalu.

SRC International adalah penerima pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Sarawak Report mendakwa bayaran kepada peguam kanan itu, yang sering terlibat dalam kes berprofil tinggi, dibuat melalui dua peringkat.

Bayaran pertama sebanyak RM4.3 juta didakwa dipindahkan pada 11 Sep 2013 dan ini diikuti dengan bayaran RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan. Portal berita ini juga telah menghubungi peguam kanan itu untuk mendapatkan ulasannya dan namanya tidak disiarkan sementara menunggu jawapannya.

Malaysiakini juga telah menghubungi setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad mengenai perkara itu.

Walau pun di dalam laporan malaysiakini Shafee tidak dinamakan dengan hanya meyebut Peguam Kanan namun di laman SR menulisnya dengan terang dan jelas

Berita susulan:

Anwar mahu siasatan dakwaan Shafee terima wang Najib
mk   -   Hari ini, 9:05 malam
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara mahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, - peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwatnya, disiasat.

Ini selepas timbul dakwaan bahawa Shafee menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak melalui dua bayaran iatu pada 11 September, 2013 dan 17 Februari, 2014.

“Dakwaan yang dibuat Sarawak Report bahawa dana berjumlah RM 9.5 juta dari syarikat SRC International telah disalur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari akaun peribadi beliau ke dalam akaun peribadi peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah amatlah berat.

“Perkara ini perlu disiasat pihak berkuasa pada kadar segera.

“Apakah tujuan dana besar ini disalur oleh Najib kepada akaun peribadi seorang peguam swasta yang dilantik oleh kerajaan Najib untuk mengendalikan pendakwaan terhadap saya?” soal Anwar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui PKR.
Anwar, dalam nota berkenaan turut mempersoalkan siapa lagi yang turut menerima duit dari SRC International melalui akaun peribadi Najib.

Putrajaya, dalam satu keputusan yang mengejutkan pada 22 Julai 2013, melantik Shafee untuk mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan dan bukannya berdasarkan amalan konvensional yang bergantung kepada khidmat pendakwa raya.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, 2015 mengekalkan keputusan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malaysiakini, yang tidak menyiarkan nama Shafee, dalam laporan Sarawak Report itu semalam, telah cuba menghubunginya untuk mendapatkan ulasannya melalui pelbagai saluran tetapi tidak berjaya.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Pribumi Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman awal hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan menamakan Shafee Abdullah sebagai peguam yang menerima dana daripada Najib. 
"Semua orang tahu bahawa Shafee adalah orang kepercayaan Najib dan hadir di rumahnya, ketika mesyuarat dengan Saiful berlangsung, tetapi bayaran lumayan kepada peguam itu adalah konflik kepentingan.

"Saya menyeru orang ramai supaya tampil bersama saya dan membuat laporan polis mengenai isu ini. Kita harus bersama-sama dan berjuang untuk membersihkan badan kehakiman,” katanya dalam satu kenyataan.

Syed Saddiq berkata walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk melantik seorang pendakwa raya luaran, namun bayaran hendaklah dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan bukan perdana menteri.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa