Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 2, 2017

Van rempuh rumah: 6 pelajar tahfiz maut

Seorang lagi pelajar tahfiz meninggal dunia
Nuraikha Sharipol Bahari
02 Jun 2017 2:08 PM


 
KEADAAN van membawa pelajar tahfiz yang merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Kuala Krai pagi ini.-UTUSAN ONLINE/IHSAN MEDIA SOSIAL
KUALA KRAI 2 Jun - Angka korban nahas van dinaiki pelajar tahfiz yang terbabas di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai - Kota Bharu, di sini pagi ini meningkat kepada enam orang selepas seorang lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat tersepit dalam van yang terbalik disahkan meninggal dunia kira-kira setengah jam selepas dirawat di Hospital Kuala Krai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, van tersebut dinaiki 14 pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi atau CT-ONE Islamic Center (CIC) yang terletak di Kampung Tualang di sini.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati van tersebut dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu sebelum terlibat kemalangan di Kilometer 55 berhampiran Kampung Telekong di sini.

“Kesemua pelajar CIC berkenaan berusia lingkungan 15 hingga 18 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55 pagi apabila van tersebut terbabas dan telah merempuh sebuah rumah kayu yang terletak di tepi jalan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Senarai nama pelajar tahfiz yang maut:

1. Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18
2. Muhamad Rahman Rozali, 17
3. Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16
4. Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14
5. Ahmad Farhan Zulkifli, 14 (meninggal di Hospital Kuala Krai)
6. Sarifuddin Muhammad (warga Thailand, umur belum disahkan)  - UTUSAN ONLINE

Laporan awal: Van bawa pelajar tahfiz terbabas, 5 maut

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa