Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 24, 2015

Hudud: Update nasihat Mufti Perlis

Mufti: Jangan ikut hudud Taliban, Boko Haram
mk - 12:00PM - 24 Mar 2015

Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, undang-undang hudud Kelantan perlu disemak lebih lanjut oleh pakar perundangan antarabangsa untuk memastikan ia mematuhi maqasid syariah dan sunnah.

Katanya, beliau bimbang semakan ke atas Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan (Pindaan 2015) itu perlu dilakukan untuk mengelakkan pelaksanannya menemui kegagalan.

Katanya, pelaksanaan hudud di negara seperti Libya, Sudan, Nigeria dan Pakistan memberikan mesej bahawa syariat Islam itu tidak sesuai.
“Saya memohon agar diberikan ruang supaya enakmen itu disemak lagi oleh pakar perundangan Islam dan maqasid as-Syariah di pelbagai peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Semakan itu perlu agar kegagalan perlaksanaan hudud yang pernah berlaku di Libya, Sudan, Nigeria, Pakistan tidak berulang di Malaysia.

“(Pelaksaan di negara tersebut) memberikan mesej salah bahawa syariat Islam itu tidak sesuai. Padahal yang tidak sesuai ialah pemilihan pandangan-pandangan ijtihad yang telah dibuat oleh mereka,” katanya.

Bahas secara ilmiah

Menurutnya secara peribadi beliau menyokong hasrat Kelantan, namun tetap berharap agar perkara itu dibincangkan di kalangan sarjana.

“Kita juga hendaklah mengelakkan gambaran hudud yang tidak kondusif dan seakan-akan menggambarkan kekejaman undang-undang yang telah berlaku bawah pentadbiran Taliban, cara hudud ISIS, Boko Haram dan lain-lain.

“Versi hudud mereka tidak memenuhi maqasid syariah yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah,”katanya.

Tegasnya lagi, seorang Muslim sememangnya tidak boleh menentang hudud kerana asasnya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Namun, masyarakat Islam juga perlu faham bahawa kebanyakan daripada butiran undang-undang tersebut tidak disebut di dalam al-Quran mahupun dalam Hadis.

“Walaupun kita tidak boleh membantah asas hudud dalam Islam, namun kita boleh berbeza pendapat, tidak bersetuju ataupun menolak pemilihan pandangan-pandangan sarjana dalam penetapan hukuman bagi sesuatu enakmen.

“Kita mungkin boleh mencadangkan pandangan yang lain dari ijtihad yang lain. Namun, proses itu semua hendaklah dalam suasana ilmiah dan menghormati hukum asas,” katanya.


3 comments:

  1. Huray huray ada sebab nak melecehkan hufud Kelantan yang tak syarie

    ReplyDelete
  2. mufti perlis jgn pandai bercakap mcm burung kakaktua utk dapat publisiti tanpa wajib membantu dan memberi sokongan yg kuat.

    ReplyDelete
  3. Betul cakap Mufti Asri

    Hudud PAS takut ikut Boko Haram pulak sebab orang orang PAS bodoh buat hudud ikut emosi

    Yang naya adalah rakyat bukan Islam.

    Apa kah Dr Adri lebih bodoh dari Nik Amar , Mat Yaakob , dan Hadi ????

    Tidak mungkin.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa