Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 23, 2015

Belon punya cerita.........

Segalanya tentang belon: Yang baik, jahat dan terlebih sensitif 
08:30PM Sept 23 2015
oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG: Pada 31 Ogos lalu, Bilqis Hijjas melepaskan beberapa belon “Bersih 4” yang tertera perkataan “Demokrasi”, “Media Bebas” dan “Keadilan”. Belon-belon ini pecah dan mendarat berhampiran Perdana Menteri Najib Razak.
Ramai mengetahui bahawa memang ada yang sensitif dengan lateks, tetapi Najib yang malang ini nampaknya alah dengan belon. Insiden ini berlaku di pusat membeli-belah Pavilion dan Bilqis akan didakwa kerana “tindakan menghina”.
Belon! Anda boleh sahaja hidup tanpanya, tetapi tetap akan terjumpanya, sama ada di parti atau ketika jualan murah.
Anda fikir anda sudah tahu semua tentang belon, tetapi benarkah begitu? Berikut adalah sepuluh fakta yang anda tidak tahu tentang belon dan Malaysia.
Penyelamat nyawa; Belon paling kecil adalah kateter belon yang digunakan dalam angioplasti untuk meluaskan salur dan arteri yang sempit, biasanya sehingga berdiameter 2mm. Kateter dimasukkan ke dalam arteri koronari, dan belon dikembangkan dan menolak halangan atau darah beku ke tepi. Tiub “mesh” boleh kembang membuatkan arteri kekal dalam kedudukannya.
Acara istimewa; Belon mainan biasanya digunakan sebagai hiasan dalam majlis atau parti. Ia memiliki diameter 20 cm dan mengandungi beberapa liter udara atau helium. Pada zaman dulu, belon dibuat daripada pundi khinzir atau usus haiwan. Di zaman ini, belon dibuat daripada lateks atau getah, dan datang dengan pelbagai warna.
Saintifik; Belon bersaiz sederhana dengan isipadu beberapa ribu liter – seperti belon cuaca – digunakan dalam ekserimen di atmosfera tnggi. Sebuah alat pengukur kecil yang dipanggil radiosond digunakan untuk menghantar maklumat seperti kelajuan udara, kelembapan, suhu dan tekanan atmosfera ke pangkalan. Belon akan naik dan mengembang sehingga pecah, dan radiosond kemudian kembali ke bumi.
Dalam beberapa tahun ini, syarikat swasta menggunakannya untuk menyerakkan abu manusia di altitud tinggi.
Kajian; Belon ini biasanya bersaiz sederhana dan dipenuhi gas yang lebih ringan daripada udara – helium misalnya – dan dilepaskan untuk naik ke altitud tinggi. Ia boleh digunakan untuk kajian atmosfera, astronomi, ketenteraan dan meteorologi.
Penerbangan komersial dan korporat; Belon besar atau belon udara panas, dengan isipadu 12 juta liter, pula digunakan oleh syarikat percutian.
Belon pengangkutan pertama adalah daripada Montgolfier bersaudara. Dan sehingga kini Syarikat GoodYear masih mengendalikan kapal udara. Kapal udara terkenal, iaitu Hindenburg terhempas di Jerman.
Pengiklanan; Belon besar yang ditambat digunakan syarikat untuk mengiklankan barangan mereka. Belon ini boleh dilihat dari jauh dan menarik perhatian ramai.
Sukan; Perlumbaan belon udara panas semakin popular di acara antarabangsa dan juga karnival tempatan. Pakar belon berlumba untuk memecahkan rekod kelajuan dan tempoh penerbangan. Ada juga yang teruja apabila terbang ke kawasan yang belum pernah dilalui.
Richard Branson pernah cuba mengelilingi dunia dengan menaiki belon udara panas namun ditewaskan pesaingnya. Penerjun udara warga Austria Felix Baumgartner terbang setinggi 24 batu di stratosfera dengan belon helium, sebelum terjun kembali dengan sut tekanan.
Isu alam sekitar; Belon yang dilepaskan ke udara boleh terbang berbatu jauhnya. Ketika ia mendarat, ia mungkin disalah anggap sebagai makanan oleh haiwan, hidupan laut dan burung. Mereka akan memakan belon tersebut, membuatkan sistem penghadaman mereka tersumbat dan akhirnya mati. Tali pada belon juga boleh mengancam hidupan liar.
Untuk melihat karakter seseorang; Kasihan Najib! Bilqis tidak tahu yang Najib alah dengan belon, dan beliau dihukum kerana “tindakan menghina”. Najib sama ada terlalu manja atau tiada rasa humor.
Belon untuk menindas; Ambil perhatian, warga Malaysia. Menjatuhkan belon rupa-rupanya satu jenayah. Tetapi jika anda sudah didapati bersalah melakukan rasuah, anda masih berpeluang mengelakkan diri daripada penjara dengan memberi rawatan gigi kepada golongan miskin, seperti apa yang cuba dilakukan bekas MB Selangor Khir Toyo.
Bilqis adalah seorang penari profesional. Beliau patut membuat rayuan. Berbanding ke penjara, beliau mungkin boleh menari untuk menghiburkan golongan miskin. Kalau doktor gigi boleh, penari juga boleh membuat perkara yang sama

1 comment:

  1. Cantik si Bilqis ini

    Bagai langit dan lubok pekan...

    Professional pulak tu.

    Mat Bahalol rugi jadi Orang dapat kan Badak

    Anina MONTOK ada , Bilqis pon ada....

    Wasted!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa