Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 21, 2015

Laungan ulangan: PAS takkan kerjasama dengan DAP dan Amanah

PAS ulang kenyataan tak akan kerjasama dengan DAP, Amanah 
TMI - Published: 21 September 2015 4:24 PM
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian PAS tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015.

PAS sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini dalam proses didaftarkan dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pendirian itu diputuskan berikutan pengkhianatan yang dilakukan parti berkenaan sebelum ini.
"Kami tidak dapat bersama Pakatan Rakyat 2.0 kerana adanya DAP dan Amanah yang pada anggapan kami mengkhianati dan lari daripada kami," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pondok Madrasah al-Fununiah al-Tunjuniah di Kota Baru, hari ini.
Dalam kejadian kebakaran Ahad malam itu, 3 buah rumah papan dan 2 buah motosikal serta 2 buah kereta musnah.   
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun menyedari perlu kerjasama erat dalam kalangan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, namun buat masa sekarang PAS tetap dengan pendirian itu.
"Walaupun tidak dibincang secara rasmi, itulah pandangan yang dilahirkan sebelum ini melalui rumusan yang dibuat oleh Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Dalam suasana dan perkembangan sekarang, perbincangan kerjasama rasmi itu memang kami tidak dapat terima," katanya.
Amar berkata PAS juga bersedia untuk bergerak bersendirian dalam pilihan raya umum akan datang jika keadaan memaksa.
"PAS ada pengalaman bersendirian... soal kalah menang itu bergantung kepada kehendak Allah," katanya.
Beliau berkata PAS juga akan tetap memperjuangkan kerusinya walaupun berkemungkinan berdepan dengan pertarungan 3 atau 4 penjuru jika Amanah turut bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, katanya, wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti dan melanggar bai'ah disaran meletakkan jawatan bagi menyelamatkan diri daripada hukuman Allah.
"Bai'ah menggunakan nama Allah dan bukan perkara main-main... sebab itu kami minta supaya mereka menyelamatkan diri mereka dengan letak jawatan.
"Kalau mereka berdegil kami tidak boleh berbuat apa-apa sebab kami tiada kuasa, tapi jika berlaku apa-apa nanti kena tanggung sendirilah," katanya. – Bernama, 21 September, 2015.

7 comments:

  1. Sudah Cast On Stone macam Batu Nesan

    Nantibtak boleh lah bebudak PAS cakap macam KEL**G pagi lain petang lain

    Pandai orang orang PKR nih.

    Siapa lah nak ber baik dengan PAS pon saja nak bagi muka

    Tiada nilai rkonomi dan tiada Otak saja

    Semua Rakyat tau pon.

    Nak tipu siapa???

    ReplyDelete
  2. sejak keluar pas, dah berapa banyak ek parti baru timbul? harapan baru, amanah, ada lagi?

    berpecah lagi nampaknya sokongan melayu islam..

    ReplyDelete
  3. dan rakyat kelantan akan melaungkan putus hubungan dgn PAS yang mengkhianati TGNA dan amanah.....kelantan terus miskin dibawah PAS...

    ReplyDelete


  4. ko yang melantak duit balak pun tak lepas dari pandangan Allah. ko tanggung lah nanti.

    ReplyDelete
  5. Ni sorang lg pmimpin pas yg lantang xmau bkerjsma dgn Amanah. Seolah2 Amanah ni truk sngt bg mereka.
    Sy sebgai bekas pyokong pas amat kesal dgn kenyataan btalu2 dr pmimpin trutamanya dr DSHH, Nasrudin Serban Tahtawi, dn kini Nik Amar Range Rover yg buat kenyataan seolah2 mereka ni x pernah myumbng sesuatu ketika dlm Pas.
    Aku hrp pmimpin Amanah tekad bina parti ini untuk agama bangsa dn negara.

    ReplyDelete
  6. Ni sorang lg pmimpin pas yg lantang xmau bkerjsma dgn Amanah. Seolah2 Amanah ni truk sngt bg mereka.
    Sy sebgai bekas pyokong pas amat kesal dgn kenyataan btalu2 dr pmimpin trutamanya dr DSHH, Nasrudin Serban Tahtawi, dn kini Nik Amar Range Rover yg buat kenyataan seolah2 mereka ni x pernah myumbng sesuatu ketika dlm Pas.
    Aku hrp pmimpin Amanah tekad bina parti ini untuk agama bangsa dn negara.

    ReplyDelete
  7. Pakai Range Rover ???

    Itu tangki minyak saja 100 liter tahan 2 hari saja

    Orang Kaya saja pakai Range Rover

    Kalau Orang PAS pakai Range Rover , itu sudah bagus

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa