Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 19, 2015

Pendiriannya tegas dan bagus juga untuk PR 2.0

Tiada tahaluf siyasi dengan orang yang khianat
HARAKAHDAILY | 17 September 2015.

DATUK Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memberikan jawapan yang jelas apabila menyebut "tiada tahalluf siyasi dengan orang-orang yang khianat".

Lagi pun kandungan lafaz baiah yg telah diikrarkan secara sukarela oleh pemimpin-pemimpin yang khianat yang telah diamanahkan mewakili PAS dalam pilihan raya adalah jelas menyebut mereka "dilaknat oleh Allah dan sekalian makhluk yang melaknat".

Mereka boleh menjadi calon PAS kerana adanya watikah pencalonan yang dikeluarkan oleh PAS. Bukannya pihak lain.

Mereka menunjukkan sifat yang sangat keji dengan mengambil mudah ke atas ikrar baiah mereka yang merupakan perjanjian besar mereka dengan Allah SWT dalam memperjuangkan Islam yang sudah diletakkan syarat selagi tidak melanggar syariat.

Tiada hujah nyata tentang mana mana pelanggaran syariat yang menyokong pelanggaran baiah. Alasan mereka semata-mata kerana tidak bersetuju dengan pendirian Presiden dalam banyak perkara.

Ini adalah alasan semata-mata kerana kumpulan mereka kecewa tidak sampai fantasi mereka untuk menguasai PAS melalui muktamar dan keputusan pemilihan di peringkat akar umbi.

Masalahnya yang bersetuju dengan Presiden PAS sebanyak 80 peratus, mereka cuma 20 peratus.

Mereka tidak menghormati keputusan demokratik di dalam mesyuarat dan muktamar. Ini bercanggah dengan syariat.

Mereka mengambil mudah dalam soal hukum-hukum agama. Menganggap perjanjian dan baiah boleh dilanggar hanya dengan nilai kaffarah. Meremehkan institusi mahkamah syariah sebagai pihak berkuasa yang memutuskan soal talak.

Dalam banyak isu berkait prinsip dan dasar Islam, mereka jelas membelakangkan hukum dan perjuangan Islam dengan mengutamakan restu pihak yang keras permusuhannya dengan Islam. Mereka malah mengumumkan akan mengundi menentang hudud jika itu pendirian rakan rakan mereka.

Jika mereka "dilaknat oleh Allah SWT dan semua makhluk yang melaknat", di mana wajarnya PAS bertahaluf siyasi pula dengan mereka ini?

Tidakkah tindakan ini (jika PAS bersetuju bertahaluf siyasi dengan orang orang yang khianat), seperti PAS pula mengambil mudah baiah berkenaan.

Kita tak mungkin boleh percaya kepada pengkhianat. - HARAKAHDAILY 17/9/2015

[9/18, 14:33] ‪+60 12-629 0045‬: Ha ha..ulamak mari kok mana tu
[9/18, 14:57] ‪+60 19-955 0002‬:  Email| Print |

7 comments:

  1. Admin, pengkhianat tu ialah amayam@cangkul@kecewa bukan pr2.0, kena faham tu.....itulah ketegasan seorang pemimpin Islam.

    ReplyDelete
  2. Ok, faham dah apa pendirian sebenar Presiden PAS ni. Fine, whatever or lantaklah! Tapi yang den masih tak faham kenapa pulak si Nik Abduh masih tersengih2 meroyan dan berangan2 agar DAP terbuka hati untuk duduk berbincang dengan PAS tentang pakatan baru PR 2.0? Am I missing something? Bukan ke PAS dulu yang dah putuskan hubungan dengan DAP (dibuat tanpa bahas iaitu lulus sebulat suara) atas alasan, DAP dulu yang putuskan hubungan dgn Tuan Presiden diaorang? Putus hubungan dan kensel tahaluf siyasi dengan DAP, dibuat dalam muktamar pulak tu Tapi kenapa masih sibuk dan mengendeng untuk diajak menjadi rakan dalam PR2.0?

    Peninglah dengan perangai diaorang ni! Putus hubungan tapi masih bersedia nak bersatu kalau DAP masih sanggup datang dan berbincang? Tak nak ada hubungan dengan DAP tapi masih bersedia nak duduk dalam PR2.0 sedangkan DAP rakan utama dalam tu? Apa kebendaanya ni? Satu lagi, TITM masih juga menegaskan bahawa PAS adalah sebahagian dari pembangkang dan memang ada hasrat join PR2.0 tapi sedar ke idak yang PKR dan DAP penaja utama PR2.0 dah iktiraf Amanah? TITM nak bangkang hujah Tuan presiden? Tak walak? Liberal? Jebon? Munafik Haraki? Agen DAP? Tolol? Babi atas bukit?

    Point kedua, jika Tuan Presiden bertegas berpatah arang dengan Amanah sebab dalam fikiran Tuan presiden mereka adalah "pengkhianat" PAS yang langsung tidak boleh dipercaya, bagaimana pula dengan PAS dan Tuan Presiden si ulamak suci yang acapkali melanggar janji, membuat pembatalan keatas keputusan bersama mensyuarat majlis presiden PR dan telah melanggar perjanjian (satu kesalahan yang amat besar disisi Islam) dengan meletakkan calon2 PAS dan bebas menentang calon yang telah dipersetujui oleh PR (dan PAS sendiri)? Bagaimana rakyat, pengundi dan ahli2 dalam parti yang bersama PR2.0 boleh percaya dan yakin PAS tak akan belot dan khianat lagi?

    Setakat ni lah, Hj Hadi aje seorang yang telah mungkir janji, langgar perjanjian dan duduk mengadakan perjanjian sulit dengan UMNO (sesuatu yang melanggar asas PR iaitu menjatuhkan UMNO) manakala Amanah hanya di tuduh khianat kepada PAS sahaja sedangkan mereka dan masih lagi taat dan istiqamah bersama pakatan pembangkang yang bercita2 menjatuhkan UMNO! A pot calling a newly bought kettle, black? That remains to be seen but so far the pot has a history of breaking promises, renegading on whats' agreed and the vilest, putting their own candidate to run against PR and PKR. Jadi siapa yang boleh dipercaya? PAS dah dah banyak kali khianat atau Amanah yang hanya meninggalkan PAS tetapi masih bersama2 PR?

    Dalam hal ini Hj Hadi menuduh Amanah sebagai pengkhianat tanpa sedar bahawa 4 jarinya menunding kepada dirinya sendiri! Bagi Den, Hj Hadi ni tak amanah dan kemungkinan pandangan ini ianya juga dipersetujui oleh ramai lagi pengundi2 tidak berparti yang menyokong PR dan bencikan UMNO. Ramai pengundi2 PR juga berasa tidak selesa apabila Anwar dan PKR masih mahukan PAS berada dalam PR2.0. Apakah jaminan yang Anwar dan PKR boleh berikan kepada para pengundi bahawa PAS dan Hj Hadi tidak akan berbuat khianat lagi? Ada jaminan dan bai'ah dari PAS mengatakan yang mereka tidak akan duduk berbincang secara sulit lagi dengan UMNO demi "ketuanan melayu"? Ada jaminan PAS dan ulamak2nya tidak akan tidur sebantal dengan UMNO demi menjamin "ketuanan melayu" kerana mereka mempunyai pendirian tersebut dan sehingga kini mereka tidak pernah berikrar untuk membuang pendirian tersebut. PAS cannot be trusted and more so Hj Hadi. So lets forget about PAS and move on!


    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Tak perlu sedara nak ulas panjang berjela, mereka ada strategi mereka sendiri yang penting sebagai pemimpin Islam ialah ketegasan terhadap amanahnya sebagai pemimpin terhadap Allah swt. Kekuatan PAS terletak pada Islam, PAS hanya menumpang kekuatan Islam, untuk itu PAS perlukan pemimpin yang betul-betul tegas terhadap Islam, golongan pemimpin amayam@cangkul@kecewa yang tidak tegas terhadap Islam demi menjaga jawatan telah tersungkur didalam PAS, sebabnya mereka tidak mementingkan Islam. Itul adalah salah satu sebab mengapa mereka tersingkir dari PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni x perasan ke tok guru ko x nk..tp timbalan dia ckp nk plak..hahahaha..cmne ko nk ulas tu

      Delete
  4. Pas kan parti ajaran sesat
    Sesat kerana terlalu mendewakan manusia bernama hadi awe
    Kepada pendokong pas diharap jgn taksub sangat dgn hadi awe sehingga sampai ketahap syirik

    ReplyDelete
  5. PAS dah tak nak kat Amanah. Kami rakyat tak kisah pun sebab kami mahu kepada amanah tanpa perlu keizinan Hj Hadi. Hj Hadi kata taknak join PR2.0. Apasal yang Nik Abduh dan TITM masih dok manja2 kat PKR dan DAP mintak buat rundingan untuk join PR2.0? Buat ajelah kenyataan rasmi yang PAS tak mahu duduk sama dalam PR2.0 sebab presiden dah bagi arahan. Habis cerita. Kami rakyat pun senanglah nak "take side" masa PRU nanti.

    Bila PAS dah umum taknak join PR spertimana PAS umumkan taknak ikut BERSIH maka rakyat tahulah PAS di pihak yang mana. Senang cerita! Tak perlu Presideng cakap lain, pastu timbalan bagi pulak konar baring kemudian tambah lagi Ketua pemuda kasi terjun tiruk buat u-turn. Ini semua memberikan imej lalang kepada PAS. Sekejap kena tiup ke barat, tunduk ke barat. Pastu datang angin gila tiup ke selatan, tunduk gak ke selatan. Parti politik yang macam tu di benci rakyat. Tu je nak bagi tau! Itu pun kalau walaun2 nak baca hujah orang yang panjang2 sebab bila dah walak terlampau, lupa nak guna otak dan ilmu.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. PAS ini kalau di lihat hanya Parti Politik Dua Ahli saja - Hadi dan Tuan Ibrahim.

    Yang lain senyap saja bagai tak minat menjaga PAS.

    Hadi pulak menghalau kebaikan juga ahli ahli PAS keluar PAS

    Manakala Tuan Ibrahim mahu mengembangkan PAS dengan balik ke Pangkal Jalan

    Hujung tahun nanti PAS akan ber kubor dan pupus kerana ketiadaan ahli aktif.

    PKR bijak dan sudah melihat ini akan berlaku.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa