Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 29, 2015

PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan

Terus Harapkan PAS, PKR Bakal Hilang Kelayakan Untuk Terajui Pakatan Harapan


Pakatan Harapan perlu hayati aspirasi bersama 

BANTING - Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14. 

Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata, sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan bersama, berfokus kepada keserasian

Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama

“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama. 

“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan. 

Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik. 

Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik ideologi dan pendekatan politik secara terbuka. 

“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya 

Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat. -SH 

Pakatan Harapan: PKR masih harapkan Pas

PERMATANG PAUH - PKR masih mengharapkan Pas akan dapat berkerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perbezaan pendapat antara DAP dan Pas bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan Pas untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat berkerjasama dalam satu pasukan.

"Kita berharap Pas akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.

Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas ahli Pas akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan Pas.‎

Isnin lepas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu. - Bernama
ULASAN GB

Sekalipun PAS telah berkali-kali sebelum ini menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH), dan telah terbukti bahawa PAS yang telah mengambil sikap membelakangi aspirasi bersama sewaktu di dalam Pakatan Rakyat dahulu, namun PKR nampaknya tidak serik-serik, malah terus mengharapkan PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.

Pendekatan dan pendirian yang diambil oleh PKR itu sendiri telah membelakangi parti-parti komponen PH, DAP dan AMANAH. Di Selangor, PKR nampaknya membelakang aspirasi bersama di dalam PH apabila meneruskan kerajaan PR bersama PAS tetapi tidak mengikut aspirasi PH. Begitu juga dengan langkah PKR Kelantan untuk menyertai H60K anjuran PAS di Kelantan beberapa minggu lagi. Ia dilihat oleh beberapa penganilisis politik sebagai langkah awal "kecurangan" PKR sendiri terhadap Pakatan Harapan.

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... bahawa apabila sesebuah parti di dalam gabungan PH sudah tidak berlaku jujur atau dalam perkataan lain, berlaku curang" dengan aspirasi bersama, maka ia akan tercicir dan tergelincir dengan sendirinya dari pakatan itu. DAP dan AMANAH telah pun menunjukkan persefahaman apabila menerima cadangan agar Anwar Ibrahim menjadi PM jika PH berkuasa. Tetapi PKR pula membalasnya dengan membelakangkan DAP dan AMANAH apabila terus mengharapkan PAS berada di dalam PH. Peranan PKR selaku "abang besar" dalam PH juga akan turut terjejas dan ia akan terlucut dengan sendirinya apabila PKR berlaku curang dan gagal untuk mematuhi keputusan yang telah diputuskan bersama di dalam rundingan meja bulat. Yang curang tidak akan berjaya walaupun ia bona fide.

Mengapakan tidak mahu berlajar dari hukum yang universal itu? 

5 comments:

  1. Kedua-dua parti PKR dan PAS telah tersepit dicelah kangkang antara Amanah dan DAP dalam penubuhan PH sebabnya diPulau Pinang DAP berkuasa tapi PAS tiada anggota tadbir dan tiada kuasasebaliknya Amanah bakal ambil tempat tersebut dan tiada pula birokrasi dari istana tapi di Selangor sebaliknya pula terjadi PAs ada kuasa dalam urus tadbir negeri sebab ada DUN dari PAS yang telah diperkenan oleh istana makanya MB terpaksa akur dengan keadaan jadi jika PKR bertegas untuk mengenpikan PAS sudah pasti istana akan bersuara kerana DAP tidak akan menjadi suara majority dalam dewan walaupun kerusi mereka melbihi dari dari gabungan tapi kemungkinan sebaliknya boleh berlaku jika DUN dari PAS yang telah menubuhkan Amanah diterima oleh istana untuk mengisi jawatan dari disinilah kecelaruan berlaku di Selangor dan PKR telah tersepit mahu tidak mahu PKR terpaksalah akur dengan keadaan dan itulah sebabnya juga PAS berani dan mengugut PKR jika mahu Amanah PAS akan gunakan kuasa mereka untuk menjatuhkan MB ,dan PKR juga sayang dengan jawatan tersebut ya ya ya mesti ikut dan berlembut tapi PAS ini pula gila kuasa dan fulus sebab dala GLC ada menantu presiden PAS yang lumayan fulusnya,jadi fikir-lah wahai PKR jika mahu membela keresahan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Otak Otak pensyarah ini bukan boleh pakai pon macam Prof Prof bahalol Maj Prof Negera.

    Apa apa bende melibatkan PKR DAP semua nya tak boleh pakai saja

    Tapi tiada cadangan bagus dari Prof Prof dan Pensyarah Otak Udang ini yang ada nilai ekonomi pon

    Kot kot cakap omputeh pon gagap macam Bahalol jugak

    Tapi bebende Mat Bahalol dan 1 Mat Dah Bahalol semua nya OK saja pada bebudak Gomen ini.

    Kepala Otak saja.

    ReplyDelete
  3. DAP Berjaya membawa ideology kafir mengatasi kekuatan penganut islam. Bersatulah di bawah pas semoga kita lebih beristiqamah dalam menghapuskan parti-parti kafir yang menguasai penganut islam sepatutnya penganut islam yang menguasai parti kafir. takbirrrrrrr

    ReplyDelete
  4. 9.25. Dulu masa pas gabung dgn dap kau tk ckp apa2. Skrng dh pecah bukan main bising. Pas & dap ni dr dlu aku tngok kejap baik kejap gàduh. Time gaduh mcm2 cakap dap kapir la, tolak islam la. Aku tngok dap tolak hudud dr dulu lg. Tp elok je pas kwn dgn dap. Xda lak org pas maki2 ke dap. leni dah pacah pandai lak kau bebel cam org umno lak. Ke pas dah ganti umno . mcm slogan pas ganti umno je.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa