Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 3, 2011

Aku Dah Kata. Jawapan Yang Orang Gila Pun Tak Percaya



Pakatan: Jawapan SPR tak masuk akal

Jimadie Shah Othman

Ogos 3, 11
4:00pm


Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.

NONE"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

SPR malam tadi
menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.

Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini.
NONE

Khairuddin (
kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.

Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.

"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.

Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih.

- mk

2 comments:

  1. Timb.Pengerusi kata kena faham undang2..cuma dia sorang saja yang faham undang2....

    ReplyDelete
  2. From some1 ITK of undisclosed source, ada 1 pasukan IT yg dah mula dikumpulkan sejak bbrp bulan lepas (actually sejak tahun lepas 2010) untuk buat 'database' sedemikian. Memang mereka dibayar, ditaja oleh seseorang untuk tujuan manipulasi, ekploitasi maklumat atas sebab kelemahan/kerompongan sistem data maklumat di pihak JPN, SPR dll. Projek 'baik' untuk 'memenangkan' segelintir pemimpin, u know who.

    If only i can tell u more. The truth will prevail, if not now, later then.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa