Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 12, 2011

Jadi, Apa Maksud Kedatangan Mereka?

Laa.... aku terlebih pujilah pulak!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.

Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi. “Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.

Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.


“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri. “Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.


Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.


Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.


Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.


“Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian,” kata Karpal.

Sebelumnya

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.


Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof juga hadir untuk ditemubual.


Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.
Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.

Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.


Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.


Sumber - JP

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yob, subpoena jer.

    ReplyDelete
  2. W'salam Yob MOH KEMBARA.

    Soalnya Hakim mana yang sanggup keluarkan?

    Selagi Hakim-Hakim bergelumang dengan taik, tak ada yang beraninya!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa