Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 12, 2011

Mak Oiii... Dah Melangit!

Wau... harga dah melangit!
Tahu kenapa? Tentu rantaian kenaikan barang menjela sehinggalah ke penghujung..... semua orang tahu!

Ini salah satu makanan kegemaran saya. Tidak kira bulan puasa atau pun tidak. Sudah lama saya tidak membelinya sebab saya tidak mencarinya.

Kebetulan petang tadi saya dan 'Adik' (anak kedua saya) ke Pasar Ramadhan di Jalan Telipot dekat dengan kediaman saya. Merayau-rayau mencari makanan 'Adik' terjumpa 'ini' dan saya beli.

Tahu berapa harga satu yang saiznya lebih kurang 2.5" panjang dan sebesar Ibu Kaki?

Hah... harganya RM2.00 satu yang dulunya hanya 0.50 sen jer satu!

Orang Kelantan tentu kenal ini "Ketupat Sotong". Sotong yang disumbat dengan pulut dan dibuat kuah dengan manisan yang juga dicampurkan dengan pulut. Agak manis kalau tidak pilih.
Di bawah pula rupa Ruby sekarang (nampak letih. puasa kot?)

4 comments:

  1. sedapnya.. teringin nak rasa. kalau saya ke kelantan bolehke pak din belanja saya.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. harga makanan mmg mahal gila skang....sampai rasa cam tak logik plak nk beli....seketul ayam percik saiz sederhana kt bazar ramadhan Stadium Manjung ialah rm5,secucuk daging bakar dengan 2-3 ketul daging bersaiz sederhana rm5,2 scoop kecik lauk kerang masak ape ntah, rm2. kalo thn lepas baru rm1 or rm0.80 aje....nampaknye harga bahan mentah benar2 melambung sngt sampai harga makanan jadi sampai x logik....hanya org yg berniaga aje benar2 tahu kalo mereka2 ni mmg saje nk mengaut keuntungan berlebihan atau hanya menampung kos asal...wallahuallam....

    ReplyDelete
  3. mr edz

    Datanglah. Insya Allah saya belanja. Bukan setakat Ketupat Sotong saja..

    ReplyDelete
  4. ghostdart

    Harga melambung kerana dua sebab ketara.

    pertama: Untung mau lebih tapi tak sedap.
    kedua: faktor huluan ada hanya saja ambil kesempatan.

    Yang panas dan selalu kena maki, bila bawa balik makanan tah rasa apa-apa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa