Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 14, 2011

Jom Gelak Sikit...

Negara Luar Ingin Belajar Kaedah Malaysia Hadapi Lanun Somalia

BAGAN DATOH: Beberapa buah negara berminat mencontohi Malaysia yang mengadakan kawalan terhadap kapal-kapal dagangnya semasa berlayar di Teluk Aden daripada ancaman lanun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya wakil negara-negara terbabit telah berjumpa dengan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengenai perkara itu.

"Mereka bertanya kaedah yang boleh dipelajari untuk mereka mengadakan modus operandi yang sama di Teluk Aden dan kita telah mula mengadakan perbincangan dengan negara-negara berkenaan tentang bagaimana operasi ini dijalankan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata sebuah lagi kapal tambahan iaitu Bunga Mas 6 akan dihantar oleh pasukan khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC) bagi meneruskan Operasi Fajar (Ops Fajar) di Teluk Aden.

Ahmad Zahid berkata sejak Ops Fajar dilancarkan, Malaysia berjaya menyelamatkan barangan dagangan bernilai kira-kira RM7.5 bilion daripada dirompak lanun Somalia.-BERNAMA

4 comments:

  1. Malaysia bayar wang perlindungan berapa juta kat lanun Somalia...???

    nak gelak banyak kat Zahid Hamidi nih... hahaha....

    ReplyDelete
  2. Wow, nak jaga laut nun jauh!!! Kat nera orang lain. Kolam tepi rumah camne? Kerajaan Selangor bagi air free pun dengki!

    Have a big picture!

    ReplyDelete
  3. Anakanda Isa

    Dah berair mata ni...

    ReplyDelete
  4. Yong

    Air dalam baldi dalam rumah pun tumpah...

    Pencerobohan Singapura pun tak tertangan!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa