Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 8, 2011

Dah Kecut Telur Pun !

Mufti: Dr Uthman tolak dialog bincang Wahabi

Aku kenal sangat dengan Dr Uthman ni sejak aku remaja lagi. Hanya pandangan dan pendapat dia saja yang betul.

Pernah di dalam satu Majilis Forum dia nak tumbuk Dr. Kassim Ahmad kerana pendangan Dr Kassim tidak dipersetujuinya. Tapi sempat diredakan oleh kawan-kawan yang hadir sama termasuk Guruku Ustaz Ab. Halim Isa. Seingat aku Dato' Dr. Mahmood Zuhdi pun ada ketika itu.

Kes Kampung Tal Tujuh

Mengulas lanjut dakwaan pengganas, Dr Juanda juga mengingatkan pensyarah itu berhubung ajaran meragukan di Kampung Tal Tujuh, di sebuah perkampungan di Pasir Mas, Kelantan yang suatu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan dirinya itu.

Laporan di laman web rasmi Majlis Fatwa memaparkan wawancara dengan Dr Uthman yang mengakui menjadi anggota Kumpulan Tal Tujuh tetapi telah keluar “bukan kerana krisis peribadi tetapi atas sebab kepentingan akidah, rohani, hukum sosial dan seumpamanya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Saya suka syorkan pihak Jakim buka balik kajian terhadap status Kampung Tal 7 yang sehingga kini masih tergantung setelah puluhan tahun kertas kajian dibuat dan dibincang tanpa kata pemutus yang dikatakan ada hubungan dengan beberapa individu tertentu di Malaysia.

“Orang Kelantan ramai tahu hal ini dan Jabatan Agama Islam Kelantan amat arif tentang perkara ini. Ia dibimbangi masih mempengaruhi idea dan pemikiran sesetengah pihak memandangkan gaya penampilan dan idea masih mempunyai pengaruh kuat pada diri beberapa tokoh tertentu. Ini penting untuk keselamatan negara kita,” kata Dr Juanda lagi.

Baca sepenuhnya di sini/mk

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa