Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 22, 2011

Ini Giliran Gaddafi Tumbang Selepas Husni Mubarak, Selepas Ini Siapa Agaknya

Ini giliran Gaddafi tumbang selepas Husni Mubarak, selepas ini rasanya Bashar di Syria. Adakah akan menular ke negara-negara Islam lain di Teluk?

Malaysia apa macam? Walau pun harapkan sangat tidak melalui keganasan tetapi melalui undi rakyat.

Mesir dan Libya walau pun penguasanya cukup bergantung kepada Tentera dan Polis dengan cengkangan kuasa yang kuat tetapi dengan kuasa rakyat akhirnya tumbang jua. Peristiwa Iran berulang di sekitar negara arab.

Gaddafi Ahkirnya Tumbang Di Tangan Rakyat

Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.

Bagaimanapun nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya.

Menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui.

Awal pagi ini, Sky News melaporkan pemberontak Libya tiba di Dataran Hijau di tengah Tripoli.

NONERamai pemuda mengibarkan bendera merah, hitam dan hijau milik pasukan anti-kerajaan dan bersorak dan menari sambil bertakbir dan melepaskan tembakan ke udara.

Ramai yang menunjuk isyarat jari keamanan sambil menjerit "beritahu Muammar dan anak lelakinya bahawa Libya mempunyai anak jantan".

Sementara itu, Reuters yang memetik televisyen al-Jazeera melaporkan anak lelaki sulung pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Mohammad, memberitahu awal hari ini bahawa beliau ditahan pemberontak dan dikenakan tahanan di rumah di Tripoli.

“Anggota bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih berada di dalam dan mereka di luar. Mereka berkata akan menjamin keselamatan saya. Mereka mengepung rumah saya," katanya menerusi panggilan telefon dari Tripoli.

Bunyi tembakan boleh didengar semasa perbualan itu.

"Ya, tembakan itu dalam rumah saya," katanya sebelum talian tiba-tiba terputus.

NONEAP pula melaporkan harga minyak global dijangka mula mencatatkan penurunan sekiranya pemberontak Libya berjaya menggulingkan Gaddafi; namun kesan keseluruhannya tidak akan dirasai untuk tempoh beberapa bulan.

Malam Ahad (waktu tempatan), pasukan pemberontak bergerak ke Tripoli tanpa berdepan dengan tentangan, ia selepas beberapa jam pangkalan tentera yang mempertahankan ibu kota negara itu dimusnahkan.

Penganalisis bebas, Lipow Andrew, berkata pasaran minyak dijangka akan bertindak balas hari ini dengan mengunjurkan harga yang lebih rendah dalam "tanda lega selepas konflik semakin berakhir."

Namun, Lipow berkata, ia akan mengambil masa untuk pasaran kembali stabil selepas kenaikan harga yang besar terhasil dari penggantungan eksport minyak Libya sejak pemberontakan bermula pada Februari lalu.

Susulan pemberontakan itu, minyak diniagakan pada sekitar AS$84 setong dan menokok di atas AS$93 dan terus meningkat tinggi melebihi AS$110 pada akhir April. Permintaan dari pasaran baru muncul termasuk China juga mendorong harga yang semakin meningkat.

Harga minyak jatuh baru-baru ini bersama stok susulan kebimbangan mengenai ekonomi global.

-mk

1 comment:

  1. Muammar Gaddafi ialah hero anti-Amerika terulung seperti Ahmadinejad, Imam Khomeini, Bashar al-Assad, Gamal Abdul Nasser, Hugo Chavez, Fidel Castro dan sebagainya.

    Kena ingat bahawa krisis di Libya ialah permainan Barat untuk menghukum pemerintah Anti-Barat. Ia akan menjadikan isu ini untuk tumbangkan Syria dan Iran.

    Amerika senyap dalam Isu Bahrain, Yaman, Tunisia dan Mesir kerana mereka adalah sekutu Amerika. Malah Amerika langsung main double standard dengan negara sekutunya.

    Jangan percaya dengan Amerika isu pendemokrasian kerana Amerika hanya mahu semua negara menjadi penjilat punggung Amerika.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa